Thursday 30 October 2014

CHOLEQ

Semalam kan hujan. Tetiba mekda call ajak ngeteh. Mana lak nak gi destinasi kali ni. Hujan pun tak renti lagi nih. Kul empat dah mula hujan alhamdulillah kul lima setengah time kaki nak menapak keluar hujan pun berenti sudah. Memang rezeki nak jalan kali ni mekdah. Dari minggu sudah mekdah nak ajak aku ke suatu tempat ni. Tapi lately ni masa ku begitu membizikan. Asyik tertunda ajer. Akhamdulillah impian mekdah nak gi tempat ni termakbul sudah. Choleq nama di beri.


Ini lah choleq tempatnya. Dekat Econsafe Jalan reko hujung sekali. ANTARA Kajang dan Bangi. Ada econsafe yang dekat DOWNTOWN tu. Sapa kenai prebetsabu Partyofballoon tu hah dekat ngan kedai Masvina tu ler. Parking shuntek punya. 


Terpaksa keluarkan GOPRO sebab nak dapatkan wide angle. Kamera dobok tak bawak sebab balik dari opis terus mai sini. Ala kopitiam relax cool tempatnya. Tu backdrop shintek untuk shoot ramai ramai. Tanda sokongan pada kedai choleq ni. Tapi tak dan aaa nak shot kat situ sebab MAGEE KETAM sudah ada depan mata.

Tak sah lau tak ambik gambar cam ni. Trademark choleq. Semua ni guna Iphone jar. Dalam baldi ni ada sos. Khas sos untuk Choleq tiada lain tempatnya.

CHOLEQ AYAM CHERANG. 1st time dilla makan ni. Sedap dalam tu ada isi ayam paru then ada kopok timun ala rojak ghitu. Tang kuah tu sodap.

Selalu lau gi makan makan ghini sokmo order dua gelas ayer. Kalau satu memang tak cukup. Kali ni tak dan nak order satu lagi sebab teh ais ni memang gelas besor harga rm2.50 x silap.

TARA!!!!!
Dulu masa gi Kemaman ada nampak magee ketam ni tapi x dan nak singgah. Semalam dapat dah rasa canner magee ketam ni. Cam magee kari tu cuma ada sikit tambahan. Portion besaq ketam fresh. Jenuh aa nak abiskan dua ketoi tu. Lau kat umah amik gunting ketam settle! Ni kat sini terpaksa makan ngan sopannya. Kuis kuis ngan tangan sambil pejam mata menikmati kuah magee ketam time hujan hujan. Hah mesti dapat rasakan canner. Hahaha mesti ada yang tak sabor nak gi sini. Ni pandangan dari TOP. Jap agi tengok.

Nengok ni ! Harga? Rm dua puluh hinggit. Berbaloi lah ngan ketam yang fresh ni.

Hampir satu jam jugaklah kat sini. Selesai makan kita urang pun balik. Insyallah nanti nak repeat datang sini lagi nak try lak menu lain.


Tuesday 21 October 2014

DEEPAVALI

Esok cuti seluruh rakyat Malaysia. Dilla nak ucapkan HAPPY DEEPAVALI. Jom balik kampong walaupun cuti sehari. Berhati hati dijalanraya. Pandu tertib - pesan sicilik


Friday 17 October 2014

NAMA SAYA AMAD

Saya teruja ngan budak ini. Korangs lau tengok AMAD mesti jatuh hati punya. Amad datang umah bangi petang tadi. Amad macam Aca agak senang didepan kamera. Itu yang acik suko.... Amad comey.

Selamat malam semua......


RUMAH KAMPONG

Salam pagi jumaat kepada semua sahabat. Esok dah masuk hari SABTU. Hari berehat rehat sedunia. Nak criter pasal umah kampong acik. Alhamdulillah kayu dah cucuk kayukayan dah tegak. Dalam masa tiga bulan lagi insyallah akan siaplah umah acik adikberadik. Apa yang acik sedang fikirkan ketika ini. Berkumpul adik beradik buat sekian kalinya setelah bertahun tahun tak dapat berkumpul sama dalam suasana dirumah sendiri dirumah kampong milik ayah dan emak setelah rumah itu terbakar dua puluh tahun yang lalu. Rindu suasana ini. Sungguh sungguh tak dapat dikatakan lagi. Rasa tak sabar umah ni nak siap. 

Bila kawan skolah upload gambar ni... hai macam kenai jer tapak ni. Umah acik ko? Sukanya acik suka sangat. Acik dah berangan angan ni nak jalan satu kampong nak gi mancing. Adoh.... syoknya lah kan.

Ni lah tapak umah acik yang terbakar dulu. Nampak tak bumbung umah jiran acik tu. Tempat acik bermain gitar bawah pokok tu. Kalau malam aruah ayah ada kenduri disitu lah acik lepak sampai ayah balik. Ya Allah sungguh tak sabar acik nak melalui kembali detik detik perjalanan anak kampong ini. Semoga acik dipanjangkan umur dapat menikmati suasana ini. 

Nampak tak perigi tu. Rasanya tu perigi kontraktor nak uat kije. Ni abang dilla  site visit semalam.

Nanti kita tunggu progress yang seterusnya kay.....
Terima kasih UDA atas pembiayaan umah ini. Kami adik beradik sangat menghargainya.

Tuesday 7 October 2014

COUNTING THE DAYS

Mesti ada yang ingat dilla nak fly kemana pulak kali ni, ngeh! Masa cepat berlalu. Dum dam dam bee dah masuk tiga bulan twins cuti summer kali ni dah nak fly balik Mesir. Sabtu ni dia urang dah nak terbang balik. Cepatnya lah kan. Maksu going to miss u gurls. Gelak tawa twins tinggal minggu ni jer lah. Kebiasaanya kat rumah cam tu lah. Pepagi dah dengar twins ni gelak gelak. Ada jer cerita yang buat dia urang happy bersama.

Semalam Isnin maksu sebok kat dapor buat kuih raya untuk dia urang. Hari Sabtu kelmarin lau ikutkan dah siap dah semuanya tapi almaklum raya kan. So kenalah repeat lagi. Buat kuih yang simple jer asal dia urang suka makan. Lagi dua tahun dia urang ni nak habiskan study. Dah masuk tahun empat maknanya lagi dua tahun lagi lah kan. Twins ni punya hobi yang serupa. Dua dua suka menjahit, dua dua suka ambik gambar especially dalam bab Video memang best lah kerjaseni dak dua urang ni. 

Photo raya Haji semalam....
Ni semua anak buah dilla & abah mama Aca 


Monday 6 October 2014

MAJLIS SAMBUTAN QURBAN 1435H

Tahun ni sekali lagi sister dilla & family uat qurban kat kampong di Tanjung Karang. Lama giller tak balik kampong. Rindunya dapat jumpa jiran sekampong ni wei. Rindu sangat. Untung lah kan kawan kawan blogger ada rumah kat kampong. Time cam ni mesti terasa suasana yang pastinya urang yang ada kampong jer tahu bagaimana perasaannya.....

Ahad pagi jam lima kena bangun awai ni. Perjalanan ke Tanjong Karang sejam setengah ajer. Tapi kalau jem memang merangkak lah jawabnya. Hari Sabtu memang jem giller katanya. Dari Kuala Selangor nak menuju ke Tanjong Karang ni. Cam tu lah setiap tahun. Asal raya ghitu lah keadaannya. Cam kita urang yang tak dek umah kat kampong ni memang masak lah nak kena habiskan satu hari punya ziarah. Mudah - mudahan projek umah kampong yang bakal diangan angankan tu akan dimakbulkan perjalanan olehNYA amin. Tak sabau dah rasa ni. Hah kisah semalam ni. Jam lima bangun dah ni. Ngantuknya mata ...mata tahu hari ahad kan. Kui enam lepas solat subuh kita urang dah gerak. Tigo keto sebab batalion kali ni ramai. Keto last tolak lambat. Dah sampai highway tak jem rupanya. Mungkin semua dah sampai kampong gamaknya kut ya.

Sampai Kole Selangor kui lapan. Selepas sembahyang raya singgah umah Aca dulu. Jam sembilan terus gi Surau Kampong den ni. Sampai sana dah ramai yang datang. Ni semua generasi baru. Anak anak kawan kawan sepermainan. Dah besar dak dak ni. Masa ni lah jumpa kawan sekampong yang rajin naik basikal dulunya. Gi skolah sama sama. Menggamit kenangan lalu dan satu memori yang amat indah. Feeling ghitu.

Dia seakan tahu apa yang bakal berlaku.

Ni ke namanya lembu naik minyak? Kecik kecik cili padi. Lembu sekarang tak seperti lembu dulu. Lagi mantop lagi mahal harganya kan. Abang baju merah kawan sekampong dulu main baling kasut sama sama.

Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih hewan. Sesungguhnya hewan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban. (HR. Tirmidzi)

Kerjasama dari orang kampong mengerjakan majlis Qurban tahun ini cepat dan pantas. 

1st time anak buah dilla join majlis Qurban tahun ni. Abah dia ajar camana nak potong dengan cara yang betul. Satu pengalaman untuk dia.
Cikgu yang legend.....


Biarlah foto berbicara...