My Iklan

Monday, 9 February 2015

KIDZANIA 2015

Rezeki Aca pada tahun ni. Kalau lastweek aku sempat bawak dia gi Frozen Gathering di Karnival Karangkraf walaupun paneh terik, sukanya tak terkata. Pendeknya dikata impian dia tercapai sudah miskipun tak jadi Queen katanya. Semalam hari Ahad outing ACA dekat KIDZANIA pulak. Aku staff Pharmaniaga saban tahun akan dapat tiket free. Register lah aku dua urang sementara mama dan babah ACA gi lah dating sana lah erk nak gi Curve ke Ikea ke mana mana lah asal bahagia Hahahha! Aca lah orang paling bahagia sebab dia sangat menghargai apa yang dia buat. Asyik cakap ' adik mimpi ke maksu'. Tak mimpi, ini realiti. Punya lah dia suka sangat!!! Alhamdulillah aku pun tumpang gembira.

Dua tahun lepas aku pernah bawak dia ke sini. Tapi bukan lah gini gayanya. Dia sangat takut asyik nak ngan mama dia je. Mungkin masa tu dia kecik lagi dan tak berapa berani.
Kali ni sangat jauh bezanya. Dia suka bekerja kat sini berkepok duit tak habis habis hehehe. 

Dia kata dia suka jadi Eng Tmnet ni katanya. 

Kawan aku ni memberi semangat untuk anak anak dia kat dalam tu. Jadinya Aca pun dah ada kawan 'Kakak Nana, kakak Mia'. Sungguh bagus kakak Nana menjaga adik-adiknya kat sini. Aca pun sangat gembira.

Tara.... ini lah gaji yang dia urang dapat. Good job gurls....


Tuesday, 3 February 2015

THE LARGEST CARNIVAL FROZEN KIDS KARANGKRAF2015

Masa yang ditunggu tunggu oleh semua Princess Elsa & Princess Anna pada 1 Feb 2015 bertempat di perkarangan Pejabat karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam pada hari Ahad lepas. Seminggu sebelum acara ini berlansung Princess Aca lah kanak kanak paling gembira hingga makan pun dah terasa kenyang jer hah. Tu dia saiko sungguh aura FROZEN ni. Gigih abah dan mama aca datang kesini  demi untuk menjadikan impian princess merasai suasana gathering gilang gemilang ini Pihak KARANGKRAF mengadakan event ini buat pertama kalinya. Dengan cuaca panas terik ibu bapa rela berdiri dibawah sinaran matahari yang bermandikan peluh peluh cinta Frozen elsa & anna termasuklah diri aku sendiri. 

Lebih kurang seribu kanak kanak yang mengayakan kostum Elsa/Anna yang bertemakan filem animasi disney ini. Tak terpikir aku nak cari wig rambut blond tu. Memang kreatif lah mak pak anak anak ini semata mata untuk menghayati karektor princess yang semakin jadi pujaan. " Do you want to build a snowman...."


De Making
Harus posing dulu ghitew.....
Hang Tuah & Princess Elsa dinobatkan pemenang bagi kategori pakaian terbaik. Dalam Frozen Disney owang putih mungkin Olaf jadi Hang Jebat lah cam ni.