My Iklan

Saturday, 20 October 2012

BIRTHDAY WISH

Salam ceria di pagi ahad yang mulia ini. Pagi yang disinari matahari. Pagi yang indah membuakan hati tersenyum kesyukuran atas kenikmatan yang diberikan. Makin lama hari berganti hari umur semakin menganjak ke angka seterusnya. Allah Maha Besar syukur atas nikmat yang diberikan. Di pagi hari yang penuh ketenangan ini ku ingin mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN buat my Lil bro, Mr Adee. Semoga Allah memberkati segala perjalanan hidupmu. Allah telah memberikan limpah kurnia atas dirimu. Moga dapat dijalani dengan dengan segala keberkatan yang diberikan, amin.

To my lil sister, Jemma.....Tq. Segalanya dengan adanya alhamdulillah. I love u as my sister. Moga kehidupan ini lebih bermakna. Satu tujuan satu hati semoga tuhan memberkati. Tiada kata yang dapat diucapkan tanda syukur hanya padaNYA ku luahkan segalanya. Shujud syukur.....amin.

Wednesday, 10 October 2012

ASSEMBLY OCTOBER

Tu dia lamanya aku tak update blog ni kan. Sejak blog berformat baru cam ghini makin slow nak mengupdatenya. Tak ada cerita yang menarik pun untuk dikongsikan kat sini tapi adalah jugak ceritanya. Disekitar majlis assembly perhimpunan bulanan dan sambutan meraikan birthday staff dan penutup syawal. Kiranya tiga dalam satu. Kali ni kita urang invite A & W bagi memeriahkan majlis ini lagi. Pelancaran 5S oleh Datin Shamsinar Haji Shaari. Adanya sistem ni semua meja kena clear. Ayuh kemas yok....

Monday, 24 September 2012

GEGURLS

Hari ini patutnya aku cuti fullday tapi terpaksa pi opis jugak ambik sekerat hari ja. Tak apalah asalkan dapat cuti ari ni alhamdulillah. Macam aku habaq hari tuh bulan ni memang bulan airmata. Sabtu lepas Ajies bro twins fly jauh untuk mencari ILMU. Malam ni giliran twins pulak nak flyback to TANTA. Sat gi aku nak pi airport. Nak babay babay kat depa ni. Sedih lah pulak no. Semua anak buah aku memang terlalu rapat. Sorang tak ada akan terasa ketiadaannya. Buat kaksu & kak Yong. Maksu ill' miss u again. Jaga diri moga diberikan yang terbaik dalam kehidupan.Pada Jemma, tq. Sbb tolong cover kerjaku didepan nu. Nak gerak dah ni. Jumpa lagi semua.
Ketiga tiga ni jauh dah tapi dekat dihati maksu.
Twins telah selamat berlepas malam tadi jam 8.30 malam. Alhamdulillah kali ni balik Mesir bersama rakan rakan serumah. Tahun ni merupakan tahun kedua Twins berada di Tanta University. Ada empat tahun lagi Twins harus berada disana. Maksu doakan kejayaan kalian berdua, amin. Last sekali 1 oktober anak buah aku yang sorang akan balik ke Tanta jugak. Lar ni class tak mula lagi jadi dia harus lepaking lama lama kat Malaysia. Penerbangan yang terakhir lah tu kiranya hehehehe.

Saturday, 22 September 2012

AJIES



Dah ku kata hari tu kan bulan September bulan ayermata untuk aku. Lepas sorang sorang anak buah aku meninggalkan rumah ni yang dulunya begitu riuh rendah bila tibanya dia urang ni berkumpul sama. Bermula dari Nana hari tu fly ke Jordan, pass tu Farah pulak menyusul. Hari ini giliran Ajies pulak. Aku baru je balik dari Airport. Bila tiba kat rumah tengok kereta si Ajies sedeh pulak aku rasa. Tuannya akan tiada dalam masa dua tahun ni. Dia lah teman gaduh aku kat rumah ni. Bila dia tak dek mestilah aku rasa sunyi. All the best to ajies. Apa pun maksu akan sentiasa rindukan ajies selalu. Ajies akan berada di Shelford selama dua tahun. Insyallah kita akan jumpa nanti. Study jangan main main erk...hehehe!

Okay untuk entry LEGOLAND tu insyallah akan ku siapkan nanti. Bukan apa benornya aku ngalid ngan INSTAGRAM sampai lupa nak update entry tu. Sorry erk ORGA, DEP! Aku memang ghini lau dah hadap menatang yg aku suka tu lansung lupa (kehkeh). Insyallah aku akan cuba siapkan nanti. Minggu ni rasa entry babai kut. Sebabnya isnin ni giliran twins lak nak balik Mesir pulak. Last sekali 1 oct anak buah aku yang last balik Mesir jugak. Sedehnya lah.....
Aliesya ni memang rapat ngan Ajies. 
Cam ni lah Aca. Touching lak aku nengoknya. Aca jangan sedih sedih erk.Ajies ni teman segadoh aku lau kat rumah. Mmmg rasa sunyi lah bila aku tiba rumah ni malam tadi. Tengok kat kiter dia aku rasa sedih pulak. Tak dek dah dengau sore sore aku dok kejut dia dah. Pusingan kehidupan cam ni lah gaya kan. 

Sunday, 16 September 2012

BAYU MARINA RESORT

Tadaaaaaaaaaaaaa! Best kan? Nampak luas kan. Leh masuk dua family pun tak apa.

Hello selamat pagi. Aku bangun awai hari ni. Nak tidor lebihlebih mata ni automatik memang tak nak lelap. Lar ni aku berada di Bayu Marina Resort Johor. Apartment hotel ni baru still dalam promosi. Ianya bertaraf lima bintang dan terletak di tengah tengah bandar JB dan dekat ajer dengan Selat Tebrau ni. Bila berada disini aku teringat lak kat 'Nan Huser'.Aku dapat tingkat 10. Best sangat dan sangat selesa. Memandangkan ni family outing kenalah booked 2 apartment. Rm260 per night. Ada 2 bilik double bed dan sangat sangat lah selesa.

Saturday, 15 September 2012

FAMILY OUTING

Salam pagi salam ceria. Moga rakan rakan blogger yang ku kasihi ini sehat sentiasa senyum selalu. Hari ini hari Sabtu erk. Kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik benornya ku tak sabor nak nunggu hari dalam minggu ni. Bukan apa kan hari Isnin ni cuti. Semua rakyat Malaysia akan menikmati cuti ni. So jadilah cuti kita tiga hari kan, syoknya. Mesti banyak xtvt yang dah bersarang kat kepala kita ni khen. Syawal pun dah nak habis ni. Mesti jugak minggu ni pulun open house hari raya. Kwn blogger aku si shidah tu dah panjat gunung KK pagi ni. Memang hebat giller akak tu. Aku nak panjat tangga pun mengah terus semput camano nak naik gunung Ya ampun. Tapi kejap lagi ni aku nak tinggalkan Negeri Selangor ni. Hehehe nak kemana erk. Nanti tunggu gamborgambor lanscape yang aku bawak dari sinun. Tunggu tau, kul 12 tghari karang baru nak gerak. Ramai yang gi ni ada 11 orang. My lovely sister mesti ada la. Mula mula tak dapat pergi tapi bila dia tengok semua anakanak dok pakat sonok packing memacking dia pun nak join sama. Selalunya sorang ada yang sorang tu tak ada. Tapi kali ni sepasang je yang tak ada tapi yang lain semua ada. Tu yang best tu....okey tata titi tutu. Jumpa hari senen ni erk. Insyallah kalau larat nak upload sikit view kat sana nanti tunggu malam ni. Apartment yang kita urang sewa ni ada wifi. Boleh lah khen....okay bubbye semua. Miss u..............

Wednesday, 12 September 2012

HILANG SUDAH

Awatlah blog aku jadi ghini erk? Habis semua gambar2 yang aku paste kok ilang ghini? Dalam photobucket elok jek ada hah. Jenuh ler aku nak kemas satu satu dik non....sian aku kan. Ada 5 entry lagi yang ruper berwajah cam ni. pejam lah mata sebelah. Sok lusa lah edit balik erk.
Blog korangs pernah ke jadi cam ni?

MC

Dah dua malam aku rasa macam tak sedap badan ja. Tetiba hidung ku macam rasa cam tak selesa. Kumbahan bunyi dah terasa. Aku tahu ni petanda sakit yang sangat sangat aku geruni. Astma! Mudah mudahan aku dijauhkan. Makanya puas aku cuba kluarkan bunyikbunyik yang ada dalam ni. Alhamdulillah terasa kurangnya dan kalau di telan tetiba mesti ada kesannya. Lebih lebih lagi pada jiran hati kita ni. Sebelum serius aku terus jumpa doktor lepas office dua hari lepas. Semalam aku teruskan juga gi kerja jugak sebab tak ada orang nak ganti tempat aku tu. Semalam pun aku rasa macam nak berpinor pala aku ni dibuatnya. Duk dalam aircond lagi lah kan. Shrut shrut!!! Ada visitor mai terpaksa aku tahan. Tapi pagi ni aku memang tak tahan. Jap lagi nak gi ambik MC lah. Nak gi sekarang pun dr tak mai lagi & tunggu lah kul 9 karang. Pada kawan aku yang menggantikan tempat aku tu terima kasih banyak. Aku terpaksa Mc rini. Jumpa kita esok erk, bye. (Mesti ada kawankawan dok kata ni,sakit2 pun sempat updated blog erk. Gian punya pasal.....)

Monday, 10 September 2012

GOOD LUCK, NANA

Oca yang nak Fly ni & Kak Farah tengah pening dengan luggage yang dah berat tu. Camano? Hanya 20 KG ajer kan. Dua beg tu dah lebeh 23KG. Makanya dia pun pening & tengah pikir barang apa yang perlu nak dibuang (hehehe). Timbang jangan tak timbang. Photo tu tengah amik feel nak fly malam ni. Kehulu kehilir terpaksa bawak bag yang banyak tu sebab malam tadi Aca family tidor kat rumah Dobbot Nilai.

Abah ngan Cik Yan pasti rindu kat Nana...

Hubungan kazens antara dia urang ni memang sangat rapat. Nana ni hidup dia bertemankan si twins waktu kecikkecik dulu. Waktu aruah mama Nana sakit dulu pun twins ni lah yang menemani dia. Kalau pergi mana mana twins tak pernah lupa apa saja untuk Nana. Sayang sungguh depa kat adik dia ni. Sebelum Nana nak fly ni memang kerap gi bangi since twins sedang bercuti sekarang ni. Sok 24 sept giliran twins pulak nak balik Tanta Mesir. Aku pulak yang sedih. Mahunya tak selalu kat rumah ni riuh rendah. Tetiba senyap pulak.

Photographer malam ni ramai erk so eyecontact agak bercelaru sikit hehehe...mana satu nak kena pandang ni.
Semalam lepas asyar aku turun airport kejap. Budget Nana boarding kol lapan. Selalu tujuh setengah mesti dah masuk tu. Sampai je airport cari MC D. Kat sana rupanya berkumpul. Dudukduduk jap snap seketul dua. Ramainya urang fly arinih. Penuh sesak barat pulak tu. Kebanyakkannya student yang nak fly. Ini mesti budakbudak baya Nana. Berderet bersusun jadual penerbangan anak buah aku bulan ni. Malam ni Farah pulak balik London. Habis semua anak buah aku nak balik study dah. Pe pun maksu love u all....suka duka senang cerita bersama tak kan maksu lupa. Untuk Nana sayang, all the best. Maksu doakan yang terbaik buat Nana. Maksu akan sentiasa merindui Nana jua.