Wednesday 23 October 2013

BYE EMY....

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung percutian anak anak buah ku kini. Cuti empat bulan tu sekejap enor rasanya. Malam ni Emy akan fly back to EGYPT. Sedeh pulak erk. Kak Yong & Kak Su baru sampai dua hari lepas. Dia urang ni satu Uni. Rumah pun tak jauh mana. Dekat dekat ajer katanya. 

Petang tadi lepas KPI cakap kat boss nak balik awai. Nasib baik KPI cepat. Setengah jam ajer hah. Kul lima setengah merempit terus lima minit sampai umah sudah. Aca dah tunggu kat pintu rumah. Miss u lah ACA. 

Cuaca suam suam je petang ni. Hujan di tengahari tadi gamaknya. Kul enam tadi abah & mama Aca gerak ke airport pulak. Maksu tak dapat nak hantar kali ni. Goodbye kat sini je lah erk Emy.....

lagu dua tahun setengah lagi Emy dah boleh balik Malizia Insyaallah.....


Monday 21 October 2013

@Grills

Ni minggu sudah punya cerita. Sahabat lama sahabat mekda jugek 'Uyie' tetiba calling ajak dinner. Katanya nak banjer kak dilla malam ni. Mana hala kita nak tuju ni Uyie. Akak dah pening nak pilih tempat makan mana nih. Hahaha punyalah banyak tempat nak makan masih nak pening lagi apa ke heynya aok ni. Bukan pening apa banyak sangat nak pilih sampai tak tahu nak pilih yang mana. Mula mula dah berhenti depan WADI gustan keto balik jom aaa kita gi denun. Ni kali kedua makan kat sini. @Grill Western Food Bangi. Skali tu ngan mekda. Tempat shuntek cool. Relax aman damai. Malam tu customer ramai jugek. Duk sebelah ambo pasangan uncle & Unty cukup romantique. Candle light dinner tak ada lah pulak. Lau tak kan dah lengkap...sonok je ambo tengok. Bahagia hingga ke syurga hendaknya. 

Nak order apa yek. Lau masuk Western ni pilih je lah chicken chop. Senang makan tak pening pening. Tempat dah lah best makan pun slow slow jer lah.

Makanan pun sampai cepat. Apa rasanya? Sedap ajer bila di makan.
@Grills Bangi ni dibelakang PAPARICH BANGI. 

Atas menu chicken chop ni Mushroom apa ke namanya. Aku ni mudah pelupa. Sedap jugak rasanya.
Ni semua ambo guna semartpone je. Kamera goddang dah lama simpan dalam drybox. U olls cubalah rasa JJCM kat sini fulak. 

FLY BACK

Goodbye gegurls. Sepagi awal awal jam tujuh tadi twins (my nieces) dah bergerak ke airport KLIA. 'Cookie' seakan tahu tuannya akan pergi meninggalkannya. Malam tadi tidor bersama tuan twins tersayang. Kuceng pun ada naluri kasih sayang jugak kan. 

Jadual penerbangan ke Egypt kul sepuluh tadi. Cuti paling lama kat Malaysia pada tahun ini. Gara gara Mesir menghadapi fenomena sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan pembelajaran student Malaysia disana akhirnya pagi ini twins terpaksa pulang kesana juge. Akan masuk tahun ketiga mereka di sana dalam bidang medic. Lusa pulak abang Aca akan pulang ke tempat yang sama bersama twins. Cuma bezanya abang aca amik dentist. Sebab tu bulan september sepatutnya bulan sedeh bagi ambo sebab semua anak anak buah akan pulang kembali untuk meneruskan cita cita mereka. Eh macam ayat lagu si TEGAR khen. Twins ni baru pulang bercuti dari KOREA. Banyak jugak gambargambar yang dibawa pulang. Begitu menarik sekali...terasa seakan nak gi jugak. Tapi budget tak cukup lagi lah dear. 

Kakyong & Kaksu dengan panorama yang indah di Jeju Island. JM ORGA MEKDA mesti angpa suka gi sini jugak khen.

Bayangkan naik kuda ngan angin yang bertiup hembus. Tak menahan......

Masih ingat tak ngan DRAMA KOREA 'ALL IN'. Ni namanya YAKSON HOUSE. Cun betullah khen. Terima kasih gurls...pandai anak buah aku shoot scenery ni. Ambo bekalkan D40 ngan lens 18-101 ni. Kiranya dia urang bawak dua camera satu untuk video masa ni. Semua ni editing guna #vscocam

Ambo siap pesan lau nampak LALANG shoot seketoi dua taw. Hah ni lalang ditiup angin. Bravooo gurls.....

Teruja tak? Rasa nak gi jer skarunk

Ada beribu gambar lagi. Memang sangat menarik jeju island ni. Mudah mudahan tuhan berikan rezeki untuk kita amin. 

Sunday 20 October 2013

HAVE A BLESSED DAY

Sunday morning di Bangi. Lau gi jooging pagi ni mesti best kan. Tapi x de gu pulak. Ala kalau nak boleh je gi khen. Bak kata urang nak seribu daya tak nak tu macam macam alasannya (hahaha). 

Nak citer pasal semalam ni. Malam Sabtu tu tetiba dapat call dari mama Aca katanya ondeway nak gi Bangi. Wa Aca night umah Bangi malam ni. Kebetulan pulak my lovely sister pun ondeway back dari Korea. Dah seminggu dia urang gi sana ngan twins sebelum twins fly back to Mesir esok pagi. Meriah umah Bangi malam semalam. 

Pagi Sabtu my sis kata jom kita sarap kat Wadihana Foodstuff kat Bangi Gateway katanya. Tapi tunggu dulu tunggu sis call pulak. Takut dia urang lambat open. Setengah jam tu baru sister called kita sarap kat Fariz Majulah. Ala yangggepa......mama & Abah Aca je lah yang pergi. Ambo tunggu depa bawak sarap balik ja. Rupanya Aca pun tak mo gi jugak. So kita duk umah je lah ACA kay.

'Baju pinky bik amah beli untuk Aca'

Aca pandai melukis. Ambo kata kat mama Aca gi lah hantar Aca kat kelas melukis. Memang dia sangat suka kalau pegang kalor pensil ngan kertas cam ni....

Twins ni sok pagi dah nak fly balik. Owwh sedehnya maksu dia. Cuti paling panjang tahun ni twins berada di Malaysia. Sonoknya kan.

Kul dua Aca pun valik. Goodbye Aca nanti kita jumpa lagi erk.

Friday 18 October 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah pagi ni diberikan nafas untuk melihat dunia ini. terima kasih allah untuk mengingatkan hamba mu ini setiap perjalanan yang di lalui hingga akhirnya. Berilah ku ingatan yang sempurna agar tahu menggunakan setiap masa yang diberikan dengan penuh keberkatanmu, amin.

Pagi ini sebangun yang awal. Rutin pagi ku setelah selesai yang diwajibkan menyirami bunga bunga taman ini dimana tuan kedaung masih berada nun disana. Insyallah malam ini ku nantikan kepulangan mereka. Happy Holiday dan ianya tentu memberikan kenangan manis di setiap perjalanan.

Pagi ni harus kerja tapi sempat untuk melihat diary blogging yang dah lama tak berkarya kekdahnya. Perlukan mood tanpa dipaksa cam tu lah kiranya. Semalam sampai opis boss kecek kata nak jumpa petang review untuk KPI. Boleh boss tapi kesudahannya boss kecek busy pulak boss besaq meeting kat luar. Moga hari ini dapat settle kesemuanya.

Murah rezeki alhamdulillah banyak dapat ole ole dari achlien diterbangkan from Hatyai. Terima kasih achlien....sukanya ambo.


Thursday 17 October 2013

BACK TO WORK

Salam pagi khamis. Mula kijo dah wei. Lima hari cuti termasuk sabtu ahad berbikin ada kemalasan sokmo nak kijo. Mengenangkan kijo dua hari ja gi kijo lah wei. Jumpa lagi sembang nanti yo. Happy working.....


Wednesday 16 October 2013

MOOD CUTI

Ramai di kalangan rakan rakan kita masih bercuti lagi waktu ni. Lagi yang jauh jauh tu pastinya tunggu minggu depan baru nak mula kijo. Tak terkecuali diri ambo. Walaupun dekat tapi nak cuti jugak. Tak kira hahaha! Tapi esok dah start kijo erk. Boss dok ingatkan ambo pasal KPI. Alamak tak siap lagi KPI ambo. Maklum nak ujung tahun. 
Semalam balik raya Kuala Selangor. Tapi balik hari je. Kununnya nak balik lepas subuh syapie tapi terbabas lak. Sudahnya lepas sembahyang raya. Sampai KS dah pun pukul dua belas adui perot menyanyi sudah. Terbayang bayang daging masak sambal penangan masakkan abah ACA. Sedep sangat sampai lupa nak ambik gambor.

My dobbot. Baru dapat jumpa dan sudah beransur sihat alhamdulillah. Dobbot nak jadi kakak sudah.


Hilang rindu sekejap. Suka melukis suka main tab semuanya suka. Janji nak bawak gi FARM IN THE CITY kat Sri Kembangan nanti. Tak sabar sabar dia nak gi. Esok ke Maksu petang esok ke. Maksu kata end month nanti kita gi bila abah aca tak sebok. Abah aca sebok ngan sekolah dia. Kena tunggu hari cuti kay. Mesti tak sabar nak gi Farm In The City ni khen. Mak su pun tak sabar jugek. Nanti kita janji ngan Mekda. Leh bawak dobbot sekali.
Dia rindu sangat dengan KAKAK Fara & Kaka Nana. 


Pukul lima setengah gerak balik Bangi. Takut jem ler walaupun aku tak drive tapi sian urang yang jadi drebbar sebelah ambo hehehe. Rupanya jalan clear benor. Ikut jalan KOPI tembus jalan belakang kilang tak lama dah sampai bangi yeha. Pekan Kapar pun semalam clear dari jem.



Sampai Bangi dah nak maghrib. Singgah hantar bontrot kat umah kaklong kejap. Tak sempat nak masuk pun singgah kat pagar sebab memerot lak tetiba. Sampai umah Cookie dah tunggu. Sian dia merindu tuan kedaung yang sedang berada feeling feeling citi kat KOREA. Sabor lah Cookie jumaat ni tuan kedaung akan balik. Isnin akan fly lak ke Mesir. Mesti cookie kena tinggal lagi.