My Iklan

Monday, 9 February 2015

KIDZANIA 2015

Rezeki Aca pada tahun ni. Kalau lastweek aku sempat bawak dia gi Frozen Gathering di Karnival Karangkraf walaupun paneh terik, sukanya tak terkata. Pendeknya dikata impian dia tercapai sudah miskipun tak jadi Queen katanya. Semalam hari Ahad outing ACA dekat KIDZANIA pulak. Aku staff Pharmaniaga saban tahun akan dapat tiket free. Register lah aku dua urang sementara mama dan babah ACA gi lah dating sana lah erk nak gi Curve ke Ikea ke mana mana lah asal bahagia Hahahha! Aca lah orang paling bahagia sebab dia sangat menghargai apa yang dia buat. Asyik cakap ' adik mimpi ke maksu'. Tak mimpi, ini realiti. Punya lah dia suka sangat!!! Alhamdulillah aku pun tumpang gembira.

Dua tahun lepas aku pernah bawak dia ke sini. Tapi bukan lah gini gayanya. Dia sangat takut asyik nak ngan mama dia je. Mungkin masa tu dia kecik lagi dan tak berapa berani.
Kali ni sangat jauh bezanya. Dia suka bekerja kat sini berkepok duit tak habis habis hehehe. 

Dia kata dia suka jadi Eng Tmnet ni katanya. 

Kawan aku ni memberi semangat untuk anak anak dia kat dalam tu. Jadinya Aca pun dah ada kawan 'Kakak Nana, kakak Mia'. Sungguh bagus kakak Nana menjaga adik-adiknya kat sini. Aca pun sangat gembira.

Tara.... ini lah gaji yang dia urang dapat. Good job gurls....


4 comments:

  1. Tak buat kerja lain dod?
    Wah ni macam ko lain kali bil internet free, bil handphone pun free ye...

    ReplyDelete
  2. Dep, aca banyak buat kerja lain tu pasal aku kata
    duit dia kepok kepok hehehehe
    rajin sungguh dia bekerja tau

    ReplyDelete
  3. bestnyer aca gi kidzania. belum gi lagi sini bawa anak2 : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni free memang best aa miesya
      lau kena bayau memang semput hehehee

      Delete