Tuesday 7 July 2015

KU MENYUSUN SEPULUH JARI

Salam Ramadhan untuk sahabat blogger yang dikasihi,
Hari ni masuk hari ke duapuluh kita telah menjalankan Ibadah Puasa. Terasa masa berlalu begitu laju sekali. Minggu hadapan seluruh umat Islam akan menyambut Syawal yang bakal tiba tak lama lagi. Pastinya pelbagai persediaan telah pun dibuat. 

Alhamdulillah tahun ni adalah tahun pertama kami adikberadik akan beraya dirumah baru di kampong. Setelah lapan belas tahun tiada berumah akhirnya doa kami telah pun dimakbolkan olehNya. Alhamdulillah ianya adalah suatu perasaan yang tak dapat digambarkan bagaimana rasanya perasaan ini. Dalam kegembiraan ini adanya suatu yang duka. Aku kehilangan abang kesayangan dua hari sebelum umat menyambut Ramadhan yang lalu. Sedih, hajat kami nak berkumpul semua adik beradik tak tercapai. Sudah ketentuanNYA ini adalah perjalanan kehidupan. Walauapapun sekurang-kurangnya aruah sempat merasa duduk sekejap dirumah pusaka ayahbonda ini. Alfatihah untuk abang.

Untuk sahabat blogger semua ku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada terlanjur kata terlebih bicara. Maafkan diri ini seadanya. SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL untuk semua. I love you..... guys



10 comments:

  1. Dilla..
    1. Alhamdulillah kerana dah ada rumah family selepas 18 tahu....alhamdulillah..baru seronok ada tempat berkumpul
    2. Al-Fatihan buat arwah abg..Allah lebih menyanyangi beliau....doakan yg terbaik dan semga roh nya tenteram di sana
    3. Selamat menyambut Syawal juga buat Dilla...mohon maaf juga sepanjang perkenalan kita di alam maya ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JM
      terima kasih atas ucapan
      Nanti dilla amik photo kampong banyak banyak kay

      Delete
  2. Dod.
    Salam takziah atas kehilangan abang.
    dan best wishes dapat rumah sendiri...
    Semoga its a home, not just a house.
    dan...
    Raya lambat lagi la Dod!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dep,
      hahaha memang raya lambat lagi
      tapi aku terlebey xcited lah pulak ni

      Delete
  3. Wahhh...... bestnya dapat berkumpul di rumah baru.... boleh kacau rendang ramai-ramai ni.

    Kak Dila.... saya pun nak minta maaf banyak-banyak selama persahabatan kita di alam nyata selama 7 tahun ni... (siap kira ngan jari tu). Persahabatan kita bermula pada tahun 2009 di Lake Garden masa sama2 belajar fotografi. Alhamdulillah Allah masih memelihara persahabatan ni.... harapnya sampai ke akhir nafas kita. Kita masing-masing ada kisah hidup, susah senang suka duka yang menemani perjalanan kita dan dikongsi bersama.

    Halalkan makan minum saya ye..... TQ belikan Tiha baju raya........... Luv U dan Kak Mah sekeluarga. In Sya Allah........ panjang umur kita jumpa lagi lepas raya.

    Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekda,
      kupohon ribuan kemaafan
      tak dapat jumpa di akhir
      nanti balik raya kita juppo deh
      terima kasih mekda
      terharu sungguh kak dilla...
      i love u & tiha
      takecare mekda..... our friendship forever

      Selamat Hari RAya

      Delete
  4. salam ramadhan kareem dan eid mubarak untuk Dila sekeluarga.
    maaf zahir batin
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak MUNA
      love u....
      Selamat Hari Raya

      Delete
  5. Salam aidilfitri kembali.

    Takziah atas pemergian abang tercinta. Semoga roh beliau aman di sana

    ReplyDelete