My Iklan

Wednesday, 7 October 2015

TROBEK XI'AN

Disepanjang empat hari kat Xi'an ni makan pagi tengahari malam memang terbaik lah kiranya. Sebab apa aku kata baik jenis makanan yang dihidangkan punyalah banyak. Contoh lunch tiga empat jenis lauk depa hidang dulu passtu baru nasik.Hari PERTAMA kira fail lah lagi. ingatkan lepas nasi kira dah habis dah. So masuk hari Kedua Ketiga dan seterusnya dah pandai budget dah kita orang. Lepas nasi kuar tunggu lagi. Hah baru syiok cam tu. Aku ingat kan habis dah tak lama tu depa hantar lagi tiga jenis lauk lagi. Hangpa bayangkan. Depa memang suka makan tapi perot depa kocik je. Air PANAS! Aku tak jumpo air sojuk. Duk Malaysia ari ari tibai minum sejuk water. Kira payah gak aku nak biasakan minum air panas ni empat ari kat sana. Mesti aku bawak air mineral dari hotel. Sekali teguk habis maklum botoi kecek. 

Apa nama restoran? Semuo tulisan Cina tapi tang HALAL tu tulisan jawi. Aku ikut Muslim Tour so aku tak ragu pasal menu makan sepanjang empat hari kat sana. Di Xi'an banyak restoran halal. Di Muslim Quarter Street ni pun ada banyak juga. Korang leh pilih mana satu.
Ni restoran Halal tak jauh dari Muslim Quarter Street tu.Last day lunch kat sini sebelum kita orang habiskan masa shopping sebelum bertolak ke airport. Time ni ada yang naik tut tut gi round bandar Xian. Lorong ni tak berapa havoc sangat. Nampak sunyi sikit dari Lorong Muslim Quarter Street di sebelahnya.

Ni nama AYAM PEDAS, sebabnya terasa pedasnya. Sodap woooo

Ni bukan lah cengkodok. Nampak sticky kan. Tu nangka depa goreng sira gula. Melekat lekat jadinya....So kira berapa banyak menu atas tu kan.


8 comments:

  1. tu dia report makanan...
    dod, staff2 kat restoran tu jakun tak tengok ko tersnap2 gambo makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko cam tau je reaksi depa kan
      cam tu lah dep
      dia orang cam terkujat tengok rombongan kita orang seramai 17 orang ni
      tapi dia orang sangat friendly......

      Delete
  2. tentu dorang happy la tengok fellow Muslims.
    Anyway, mana foto nasik dia dod? dalam pinggan ke mangkuk? kena pakai chopstik ke?
    lauk2 tu contoh ayam tu makan gitu je ke?
    takde cili sos ke apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi aku tak hambik lah dep, makan pakai sudu tu aku mintak. tak reti den pakai chpstick ni
      sos ada cam kicap sos kita jugak
      ada sikit lain rasa

      Delete
  3. rupanya di Xian ,udah cari makanan HALAL eh..semua nampak sedap plak tu..ohhh Dilla ikut tour eh..ishh...teringin sangat nak ke Xian tapi tiket mahal huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, dilla ikut tour hehehe
      makanan halal sana banyak tak perlu risau GM
      tempat shopping tak sehebat Guangzou
      All in Rm3600 lima empat malam

      Delete
  4. tengok gambar dak terliur niee hihhiii
    ayam pedas tuu nampak sedap sangat : )
    bestnya dapat gi jalan-jalan kat sini..

    ReplyDelete
  5. mIESHA,
    MENU KAT xian ni semua best
    best makan hahahaa

    ReplyDelete