Wednesday 2 July 2014

5 ES

Dah masuk hari ke empat kita puasa. Nak kira lah berapa hari lagi kita nak raya, leh? Hehehe macam budak budak kan. Selalunya lepas sahor aku memang tak tidor. Sampailah masuk opis ada gak tersenguk senguk. Balik sempena bulan puasa ni awal kul empat setengah. Balik umah sempat tidor kejap. Masuk dapor kul enam. Aku jadi pembantu kakak aku jer. Kakak aku kalau masak macam lipas kudung. Toleh kiri kanan dah siap.

Dua tiga hari ni aku kejelah sorang sorang. Selalumya aku berdua ngan partner aku Mirol. Tapi Mirol cuti sempena jadi bapak ni aku lah sorang sorang nampak gaya. Tahniah Mirol selamat dah jadi daddy pagi tadi jam lima pagi. Hahaha secara tak lansung boss aku dapat dua cucu baru dah. Tapi nak suruh gak cucucu tu panggil dia abang, volleh!

Petang ni worstation aku kena audit 5S. Malas betul nak mengemeh bila mood puasa ni. Semalam semua aku dah kasi clear. Esok lepas audit aku letak balik (hahaha) kantoi lah ngan auditor ni karang.

Start dari reception sampai ke bilik meeting Auditor 5S ni semua nak check. Ngantuk nak tidor lah.. hahaha berani ko erk! Kenalah tunggu time rehat karang.

4 comments:

  1. tido, ambik gambo satu dua keping, tido, makan, tido - eh dod, aku nak apply kerja tempat kau la dod.

    anyway, of course la aku dah balik backpack, aku buat kerja giler dalam 12 hari, aku backpack kota belgrade Serbia 3 malam, 2hari, kat Paris sehari semalam, kat Nantes 4 hari 4 malam lepas tu balik Paris sehari semalam. Tak tidur nye dod, ada time aku jalan kaki ronda segala pelusuk bandar2 tu berjam2, yang lain semua pergi tengok segala tok nenek band rock.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana aku leh tido dep, kang sapa nak jawab telephone? hahaha kan dah tahu apa keje aku ni kan

      * jauh perjalanan banyak pengalaman ko dep. merata dah gi mmg best aa kan

      Delete
  2. 5s katanya! Kat tempat Jm pun kerap gak kami ckp 6s sbb s yg ke enam tu SOROK bila habis audit ada S ke 7 for sepah heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha JM good adeya
      ya lah aku lupa nak sebut 6S
      yang penting yang akhir tu kan
      Tanpa 6s yang terakhir mmg x mampu nak tengok meja jadi kemeh ghitu

      Delete