Tuesday, 2 July 2013

KASIHNYA IBU

Tetiba rasa sentimental lak tengahari cam ni erk. Bukan apa terdengar sang cerita yang begitu mengoncang perasaan ketika ini. Bukan lah disebabkan oleh Anak RAJA yang lalu di depan mata u olls. Tak ku menahan kalau itu yang berlaku. Al maklum baru je tengok berita Wedding Di Raja ni khen. Begini ceritanya...

Pagi ni OffDay ku erk. Setelah semalam kelam kelibut kena gi Opis. Partner ku ni MC katanya. Terpaksalah ku cover miskipun aku jauh ketika itu. Tuhan permudahkan perjalanan ku semalam alhamdulillah. So pagi ni offday haruslah rehat rehat ghitu. My sister pepagi mengajak ku ke Bandar Rinching katanya nak melawat Rumah Pertubuhan ROSe yang dikendalikan oleh seorang Doktor muda yang telah menamatkan perkhidmatannya di hospital kerajaan ni. Masanya dihabiskan menjaga orang orang tua di pusat jagaan miliknya ini. Sungguh mulia hati anak muda seperti dia. My sister je yang pergi tadi. So balik dia bawaklah photo photo yang dia kongsikan cerita bersama ku. Rumah banglow dua tingkat yang agak besar. Bersama seorang pembantu dia menjaga veteran veteran ini. Ada lebih kurang 14 urang warga tua disini. 12 diantara mereka berbangsa melayu dan selebehnya berbangsa Cina (selebehnya tu dua urang je). Apa yang nak ku kongsikan cerita disini. Kasih ibu dibawa ke syurga. Seharusnya kalian menyanyangi ibu kalian. Lau di tanya pada ku ...aku jugak begitu. Kalau aruah emak ada lagi pastinya aku jugak menyanyanginya seperti urang lain. Maksud sayang yang bagaimana? Sayang saja pada ayat tak cukup untuk membuktikannya bahawa Kasih kita ada keutuhannya. Oleh itu selagi Ibu Ayah masih ada buat lah yang terbaik untuk mereka. Jangan sia siakan pengorbanan dan kasih sayang. Itu lah harta yang ada untuk kita letakkan pada mereka sesungguhnya itu penilaian kasih sayang itu khas miliknya dari anak anak yang mengasihi mereka. 

Apa cerita yang sebenarnya? Berlaku pada seorang ahli rumah penjagaan ini. Seorang makcik tua yang telah berumur. Mempunyai tiga anak tetapi makcik ini tidak dapat tinggal bersama mereka. Disinilah tempatnya dia menumpang kasih bersama penjaga dan rakan rakan veteran disini. Suatu hari... makcik teringat akan harijadi salah sorang anaknya. Maka esok paginya dia berpakaian begitu cantek sekali. Dengan HARAPAN agar anak anaknya dapat menjemputnya. Seharian menunggu namun kelibat anak anaknya masih tidak menjelma. Sehinggalah masuk hari ke dua dan ketiga makcik masih setia menunggu. Akhirnya Makcik ini kelihatan murung sekali. Dia berada dalam keadaaan kemurungan dan sakitnya didalam kemurungan. Terlantar di katil sejak itu. Akhirnya makcik ini telah meninggal dunia. Salam takziah dan alfatihah untuknya. Apabila doktor muda menghubungi anak anaknya ternyata anak anaknya berada di Cameron. Sehinggalah pengebumiannya anak anaknya lansung tidak menghantar jenazah ini ke kubur. Ibunda doktor muda ini lah yang mengiringi jenazah hingga akhirnya. Apa yang di pinta oleh anak anak aruah ini hanyalah sebuah beg milik aruah dipusat jagaan ini. Mereka inginkan cincin dan barang barang yang ada didalam itu. Masyallah.....inikah yang dinamakan anak duhai manusia. Dimana kah kasih mu sekalian terhadap ibu ini. Nauzubillah....jadikankah ini sebagai tauladan dan pengajaran serta panduan perjalanan hidup kita duhai kawan kawan ku.....

Sekadar gambar hiasan. 
Sayangilah mereka hingga hujung nyawa duhai anak anak.


8 comments:

  1. yang pastinya suatu hari nanti anak-anak arwah ni akan terima balasan yang sama atau lebih teruk lagi...

    nasihat untuk diri sendiri... minta dijauhkan dari sifat seperti ni...

    ReplyDelete
  2. Sedihnya sanggup anak buat mcm tu..In Shaa allah Allah akan balas spt mana dia buat kat ibu sendiri nanti akan dpt balasan..itu lah lumrah kehidupan...gambar spt di Sungai Mekong Vietnam :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, yer kat sungai MEKONG
      makcik di beri TIPS funyalah dia suka
      betapa besar baginya pemberian itew khen

      Delete
  3. Tu dia ustazah dod, cewahhhh
    Thanks for sharing dod

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ustazah erk dep
      doakan akan jadinya utk aku hahahha

      Delete
  4. terharu baca citer ni dila...anak-anak bila dah senang, mudah lupa dengan orang tua. haraap-harap dalam kalangan kita, takda la yang macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedeh kan ...
      bila kakak aku cerita benda ni rasa nak nangis uwaaa

      Delete