My Iklan

Monday, 2 December 2013

MAI CEQ MAI

Sabtu arituh memang dah plan nak gi Perlis. Ada kenduri kahwin kat Padang Besaq & Pauh. So Sabtu subuh syapie dah mulakan perjalanan. Ada lima driver yang bertauliah menunggu giliran. Perjalanan yang agak jauh memakan masa enam jam insyallah. 

Singgah sarap di KFC JEJANTAS. Tompek lain ponuh. Mat mat motor saje dah memenuhi meja yang ado. Habis sarap perjalanan pun di teruskan. Jauh lagi perjalanan ni. Nak kena pergi kenduri kat Padang Besaq dulu passtu patah balik ke Pauh pulak erk.


Anak buah aku sorang ni memang rajin. Dok pada semua urang layan tiduq zzzz dia dok lagi buat gherja. masa ni dah nak sampai Ipoh ni. Lajus kebabom anak buah aku sorang ni drive. Kakak aku dok pot pet pasal kelajuan ni hahahaha. Jangan laju laju angah. Ikut had kelajuan yang ada.


Alhamdulillah akhirnya sampai juga kat PERLIS sudah. Lima setengah jam perjalanan ni. Semua foto captured ngan Iphone jer. Senang dan pantas. Dah sampai rumah pengantin lelaki kat Padang Besaq ni aku lupa nak ambik gambaq depa ngan Iphone ni. Comel jer pengantin lelaki si Ameng ni. Keturunan darah cina sebelak pak. Mesti lah look like chinese ghitew. Nanti next entry dilla upload gambaq depa ni. Wife yang sweet macam Heliza Af pun ada. Dah makan kenduri rumah Ameng berlari pulak ke PAUH ni. Bak kata kakak aku tak pa lah lambat lambat. Nak singgah umah besan boleh duk lama lama katanya. Setengah jam dari rumah Ameng dah pun sampai Pauh. Tu dia kita urang sampai dalam kui tiga orang masih ramai lagi....


Ni dah sampai Umah Joji dah ni. Tu nampak baju hijau sekerat tu abang ipaq si Joji (anak buah aku anak kakak aku yang sulong). Ni jugak umah behsan hakak aku.....
Selamat Pengantin Baru Joji & Yana.  Best aaa kenduri depa ni. Ada stall ayaq batu campuq, mee sup melehtop, Apam balik Ulu Pauh. Phew!!!!


Dah kenyang sudah kita urang pun balik lah ke istana hinggap homestay kat Kangar ni. Ada tiga bilik memang sangat muat untuk kita urangs yang ramai ni.  Just nice condition homestay ni tapi kena di perbaiki lagi. Bilik ayaq no 2 ayaq macam salur paip yang tersumbat. Agak menyedihkan jugak lah sebab tak dapat mandi ngan sempurna setelah seharian penat dalam perjalanan. Terpaksa tumpang mandi kat masterbedroom lak.

Anak buah aku "Sabaq maksu sabaq". Sabaq lah ni...

10 comments:

  1. Wah dod, meriah ye kenduri kawin tu. Ko tak naik pentas nyanyi satu dua lagu hntuk pengantin?

    ReplyDelete
  2. jauh nun di utara p mkn kenduri heeee...tak cari bulan pauh perelis kewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, dapat lah buah pauh dari behsan my hakak kat ULU PAUH ni
      sangat lah sweetnyerrrrr

      Delete
  3. Replies
    1. MKL, sangat meriah tu. org dok pakat pulun ice kepai.....

      Delete
  4. Jarang2 jumpa kenduri kawen yang ada macam2 gerai makanan ni.... tak la mengharap nasi minyak semata. Saya pernah gi kenduri style mcm ni masa rumah bos kat Cheras... memang best ada macam2

    ReplyDelete
  5. tengok dila...pi perlis tak ajak, baru nak tumpang balik kmpg, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello ORGA.... ang pi mana tu
      lamanya tak nampak
      busy nya ang weiiiiii

      Delete