Cepet sungguh masanya berlalu. Rehat tak puas lagi dah nak masuk Senen. Pastinya permulaan kerja kembali bermula. Kalau tak kerja sapa nak bagi makan. Bukan ada business pun kan. Apa pun kena ambik mood untuk menceriakan hari esok.
Semalam Sabtu gi opis kejap. Balik tergesa gesa tengahari tu sebab nak gi wedding anak buah kawan ku di sebelah Bomba Bangi. Kakak aku kata kita gi lambat sikitlah dalam kul tiga katanya. Memandangkan dia kena banyak gi kenduri hari tu lalu aku pun tak kisah. Kebetulan anak buah kawan lama tu pasangannya anak sedara kazen ku rupanya. Wah jadi sedara lah kita. tunggu punya tunggu dah jam tiga suku kelibat kakak balik rumah pun tak menjelma. Nak call tapi tunggulah kejap. tak lama tu dengar ada orang bukak pintu atas. Jenguk kejap rupanya kakak ku dah balik. tudung tak pakai lagi ni. Moh le kita gi kak, kata ku. Ala dilla akak dah gi kenduri umah noi tadi sebab akak dari Sepang lah. Hmmmm ghitu ke. Ok kak tak pelah lagi pun dah kul baper ni hah. Aku tanggal jubah terus gi dapor makan. Hahaa padan lah muka aku kena tinggal. Kalau aku ikut sekali gi kenduri kan dah leh gi kenduri si Noi. Tak perlah tak dak rezeki.
Hari AHAD...
Tak gi mana pun. Mengemas profile IG. Aku kan pemilik IG yang tegar.... jangan ada yang nak muntah erk. Hari ini banyak benda potrait kids yang ku edit. Alhamdulilah ada sekeping dua menjadi pilihan Hashtag. Walaupun tak dapat hadiah namun aku amat menghargainya kerana web mat salleh ni memang payah giller nak dapat pilihan. Aku hanya hanya amatur berbanding dengan mereka yang profesional.
Bila dah melekat kat IG ni... entahlah orang cam aku ni tak tahu apa nak di kata.
Hari ini photo ni terpilih dalam hashtag #childrenofinstagram.
kat sokkabar spore hari ni ada tulisan tentang seorang pengguna Instagram. Dia join group kongsi gambo2 anjing sebagai binatang peliharaan dan jugak sebagai pembantu kehidupan mereka yang buta dan sakit2 lain.
ReplyDeleteKo tahu, dia tulis la, dia minat kat dua ekor anjing ni tuan dia kat New York, lepas 4 bulan dah tuan dia tak update apa2 kat IG, dia risau giler..Siap tracing sana sini..
kira guna IG ni kalau kena ngan hobi sama, satu dunia pun boleh jadi kawan baik dan jadi bimbang huru hara kalau orang tu tak update photo kat IG>
Betul dep
Deleteang sangat memahami
begitulah penangan IG
walaupun tak pernah jumpa
tapi relationship tu macam dah kenal lama
leh sembang sama melalui penulisan
apatah lagi kalau ada hobi yang sama
org putih ni very open minded...
satu peminat anjing spore, satu peminat anjing new York.
DeleteAnyway dod, memang betul, laporan berita kat suratkhabar singapura dan Malaysia berlainan sangat walau benda sama dan relevan sama.
satu peminat dari Malaysia ko tak sebut DEP hahhaha
DeleteHari ni saya pun dok rumah mengemas kain baju ready nak balik kg... huhuhu fenat
ReplyDeletemekda...
Deletepepagi aku dah basuh kain ngan cara manual
aduhai penatnya erk HAHAHA
Saya duduk rumah memasak jer hahahaa :P
ReplyDelete(psss: tgh belajar nak buat account Instagram :P )
hahahha dik
Deletedah terjebak ngan IG erk
jangan lupa berkawan ngan VSCOCAM
best Vibrant color