My Iklan

Monday, 10 September 2012

GOOD LUCK, NANA

Oca yang nak Fly ni & Kak Farah tengah pening dengan luggage yang dah berat tu. Camano? Hanya 20 KG ajer kan. Dua beg tu dah lebeh 23KG. Makanya dia pun pening & tengah pikir barang apa yang perlu nak dibuang (hehehe). Timbang jangan tak timbang. Photo tu tengah amik feel nak fly malam ni. Kehulu kehilir terpaksa bawak bag yang banyak tu sebab malam tadi Aca family tidor kat rumah Dobbot Nilai.

Abah ngan Cik Yan pasti rindu kat Nana...

Hubungan kazens antara dia urang ni memang sangat rapat. Nana ni hidup dia bertemankan si twins waktu kecikkecik dulu. Waktu aruah mama Nana sakit dulu pun twins ni lah yang menemani dia. Kalau pergi mana mana twins tak pernah lupa apa saja untuk Nana. Sayang sungguh depa kat adik dia ni. Sebelum Nana nak fly ni memang kerap gi bangi since twins sedang bercuti sekarang ni. Sok 24 sept giliran twins pulak nak balik Tanta Mesir. Aku pulak yang sedih. Mahunya tak selalu kat rumah ni riuh rendah. Tetiba senyap pulak.

Photographer malam ni ramai erk so eyecontact agak bercelaru sikit hehehe...mana satu nak kena pandang ni.
Semalam lepas asyar aku turun airport kejap. Budget Nana boarding kol lapan. Selalu tujuh setengah mesti dah masuk tu. Sampai je airport cari MC D. Kat sana rupanya berkumpul. Dudukduduk jap snap seketul dua. Ramainya urang fly arinih. Penuh sesak barat pulak tu. Kebanyakkannya student yang nak fly. Ini mesti budakbudak baya Nana. Berderet bersusun jadual penerbangan anak buah aku bulan ni. Malam ni Farah pulak balik London. Habis semua anak buah aku nak balik study dah. Pe pun maksu love u all....suka duka senang cerita bersama tak kan maksu lupa. Untuk Nana sayang, all the best. Maksu doakan yang terbaik buat Nana. Maksu akan sentiasa merindui Nana jua.

9 comments:

  1. Ala... ko gi je la Jordan, London semua tengok dorang sekali sekala.

    Eh dod ko nye mekong delta ngan tunnel tu foto semua tak keluar la dod.

    ReplyDelete
  2. Dep...
    Mekong belum siap lagi tapi Tunnel udah ler. mesti ang terlepas pandang tu (hehehhee)

    ReplyDelete
  3. mesti guard dekat airport tu tak puas hati, asyik tengok muka yang sama jer, hehe...nway, bestlah kan, semua pakat-pakat dok oversea...

    ReplyDelete
  4. Orga malam ni aku rasa aku x dapat nak hantar si Farah tu. Malam tadi aku dah samlam pelok cium dah. lagi pun ni kali ketiga dia Fly gi sna. aku demam ni....mgkin anak buah aku jer yang lain pi antar kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ciannyer...demam pulak!mudah-mudahan cepat sembuh and harap-harap demam biasa sudahlah. jangan demam yang pelik-pelik...tahun lepas, supervisor aku mula-mula ingat demam biasa.Pastu 4,5 hari tak sembuh, lepas pergi check dekat spital baru tau kena denggi berdarah. Sekarang dah sembuh...ang pun sama dila, jangan pandang remeh demam zaman sekarang nih. get well occay!

      Delete
  5. tu aaa. aku ingat lepas ni nanti aku nak gi LORDES clinic. nak amik antiBIOTIC. selsema aku macam dah turun ngan lajunya ni. sengau dah...

    ReplyDelete
  6. Good luck untuk mereka. Sept. ni mmg musim start semester baru. Moga berjaya mengengam cita2. Amin..

    ReplyDelete
  7. NANA dah terbang ke.... waaa selamat jalan NANA....

    ReplyDelete
  8. Tq cik asmara & cik dah...nana dh fly dah.doakan moga dia suksess♡♡♡♡♡

    ReplyDelete