Monday 5 May 2014

BROWNIES

aKU dah tinggalkan main masak masak ni lebeh kurang lima enam taun yang lalu. Lau dahulu kala mmg aku suka duk dapor try masak apa yang kita suka.Aku dapat housemate yang suka makan. Memang syok aa kan. Sejak duduk ngan kakak ni dapat lah masak masak ghitu je tak beriya lah sangatnya.Kakak aku masak lajus. So aku tohlong mana yang patut jer ler, hehehe! Semalam waktu kakak kemas bilik stor tetiba dia bagi satu file kat aku. Bila aku belek belek 'eh ni resepi buku yang hilang tu kak. Dah lama cari file ni kat mana jumpa?' Beriya ku bertanya. Sebabnya dalam file ni resepi nya tak TIPU!. Insyallah memang jadik. Excited gillek aku semalam. Belek punya belek ada resepi BROWNIES chef kak HANIELIZA. Dulu aku rajin bawak gi Opis. Suka budak budak opis dan aku pun seronok lah sebab ada orang suka makan. Habis lipat kain aku terus masuk dapor. Alhamdulillah... jadik.Resepi jap lagi dilla edit erk. Link ni tak jalan lah pulak.


Tada..............
Bila dah siap leh aa letak toping coklat atas tu
Ni aku tak taruk sebab kakak ku tak leh nak makan manis manis
Yang untuk dak opis punya aku dah letak coklat. Pakai coklat Beryl's yang bulat duit syiling tu memang best. Cuba lah erk

RESEPI

BROWNIES

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau  bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

8 comments:

  1. bravo.... lepas pantang harus kena rasa brownis chef dila nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHEF LAH MBANGGET MEKDA...
      mekda pun leh try gak nanti erk

      Delete
  2. wah dod, ko dah boleh ambik order la dod raya ni

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha (dep)
      aku ni tangan kereh tak berseni
      mana harus nak amik order dep wei
      untuk makang leh aaaa

      Delete
  3. Dila..kalau pandai buat brownies ni...if JM teringin nak makan tak perlu di cari d Bandung Kartika Sari tu lahh..order je sama Dila..tgk pun dh terliur..kalau dah 5-6 taun tak masak..oleh kerana skill tu ada..no prob..anytime leh buat ye dok..nyum..nyum..nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, brownies ni harus di perbaik lagi sebab tekstur masih tak best
      nanti dilla try uat lagi hantar kat JM kay

      Delete
  4. dilla,
    akak pun suka lepak kat forum cari gak
    pamos kak hanieliza ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Lieza dah jadi chef termasyhor lor ni kak anon :-)

      Delete