Wednesday, 5 September 2012

CU CHI TUNNEL

Peluru dan bom yang telah di gugurkan oleh tentera Amerika di Cu Chi...

Cu Chi menjadi kebanggaan oleh orang Vietnam. Terowong tikus ini telah menjadi simbol kejayaan dan kemenangan mereka atas Perancis, Pemerintah Vietnam Selatan dan juga Amerika Syarikat. Tentera Vietnam tidak menggunakan senjata yang hebat tetapi mereka hanya ada terowong yang sangat besar ertinya dan menjadi punca segala kekalahan tentera Amerika dalam perang ini. Hebatnya terowong ini dibuat secara manual dan menggunakan alatalat pertanian namun hasilnya sungguh luar biasa.

Lepas ni kita di bawa ke kawasan Cu Chi Tunnel. Boleh masuk terowong tu sejauh 30 km. Tapi satu nasihat saya kosongkan fikiran anda dan jangan panik. Sebab kita terpaksa membongkok kerana terowong tu agak kecil. Aku tak masuk sebab rasa cam sempot jek nengok keadaannya ghitu. Kakak aku masuk halfway. Dia kata tetiba tak leh nak nafas terpaksa undur ke belakang sedangkan di belakang dia punya lah ramai. hendak tidak terpaksalah urang belakang PASRAH. Lau nak ikutkan lagi 5 minit jalan kedepan dah nak sampai tapi sebab panik kan....memang tak leh nak fikir apa katanya.


Inilah rupa bentuk terowong cu chi. Ada dua bahagian yang terbentuk. Dihujung belah KIRI itu yang seperti beratap itu adalah bilik GEMBIRA, menurut alan Nguyen. Gelak ketawa kami didalam ni. Apa itu bilik gembira anda haruslah datang kesini untuk mengetahui lebih lanjut apa maksud disebaliknya (hehehe).

Cu chi ni mempunyai nilai sejarah yang begitu bernilai. Cu Chi Tunnel yang terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi yang jauhnya lebeh kurang 100 km dari Ho Chin Minh. Cu Chi Tunnel merupakan terowong bawah tanah yang sejauh 200 km. Dalamnya terowong ini 1- 40 meter. Orang yang berbadan besar masuk sini mesti tak leh nak kluaq. Betapa rampingnya rakyat vietnam ni. Kurus kurus belaka....

Ambik mood kejap kay.


Tiket dah dapat pamplet pun kita dapat jugak. Bermulalah edisi pengembaraan ke Cu Chi Tunnel dengan semangat ingin tahu dan akan menghayati betapa deritanya mereka dari peperangan ini. 1975 tu aku baru 3 tahun taw.....Atas tu as a model. Twins mulakan pengembaraan ini dengan as a videographer. Memang lawak kalau tengok video yang dia urang telah hasilkan dengan pengembaraan di Cu chi tunnel ni. Jom kita tengok lagi....

Kita dah pun sampai ke Cu Chi Tunnel setelah mengharungi perjalanan selama dua jam. Kematu lah jugak mutut duk lama dalam bas ni. Sementara tourguide kami mendapatkan tiket masuk ni aku tinjautinjau dulu apa yang ada kat sini. Cuaca yang panas sama jek ngan Malaysia membuatkan aku rasa haus sangat. Nak beli ayer pun 15,000 dong (rm2.25). Kat sini tak terima Rm depa guna USD ajer. Jelleh aaa (hehehe). Hilang haus aku try masuk kat weapons gallery ni. Wah ada macam2 senapang u. Ni semua dari kisah silam semasa peperangan Vietnam dulu.

Orangorang Vietnam ni suka santaisantai ghini erk. Banyak terdapat buaian gantung2 ni disepanjang jalan. Owh satu lagi kan lau u all gi pekan ben Thanh tu ada urang yang jual buai hand made tu belilah. Rugi tak beli. Buatannya sangat shuntek. Dilla sempat beli lapan ketul u...hehehe banyak kan. Tu semua untuk rakanrakan photography untuk dijadikan prop shooting.

Dapatkan tiket terlebih dahulu. baru lah kita akan dapat pamplet ni erk.


Kali ni dilla nak sharing info tentang lawatan ke CU CHI TUNNEL di Vietnam baru baru ni. Day 2 CU CHI dalam agenda perjalanan kami kali ni. Lepas breakfast jam 8.30 pagi semua berkumpul di hotel lobi. Isi perut kenyang kenyang tapi tak sekenyang duk kat malaysia erk. Al maklum breakfast ala kadar je. Ape ajer yang boleh dimakan hanya cereal dan roti sajok. Kalau kat Malaysia leh makan macam macam kan (hehehe). Mula lah waktu ni rasa rindu kat Malaysia teringat Nan tandoori lah, kerang lah ketam lah. Ingat makan aje...ishhh!!!Tepat 8.30 pagi kami pun bertolak dari HCMC. Perjalanan memakan masa 2 jam ghitew. Disepanjang perjalanan ke Kemboja ni pemandangan hanya tertumpu di sawah padi saja. Luas jugak sawah padi dia orang. Apa yang menariknya terdapat kubur di tengahtengah sawah. Menurut Alan Nguyen selaku 'tourguide' kami memang menjadi tradisi orang Vietnam yang meninggal akan disemadikan ditanah mereka sendiri. Agar senang cucucicit akan menziarahi persemadian mereka kelak.


3 comments:

  1. laa...apsal tak masuk terowong tu dila?rugo woo datang jauh-jauh cam gini...aku pun sekarang tengah belajar video jugak, tapi macam hampeh jer result, ciss...

    ReplyDelete
  2. hehehe camano aku nak masuk ORGA? Size tu hanya boleh macam size badan shidah ramly ja hah. lau aku masuk kompem sekerat jer wei

    ReplyDelete