Wednesday, 29 August 2012

CHECK IN (GOLDEN CENTRAL HOTEL SAIGON)


Ni lah rupa ayer kelafa. Sama jer kat Malaysia. Andainya nampak kelainan mungkin dari sudut kreatif kut (hehehe) nak gak masukkan element photography erk. Habis makan harus balik hotel tapi kita urang singgah night market dulu. Suasana kat sini macam downtown key ell lah lebeh kurang. Perjalanan ke hotel tu akan melalui night market dahulu. So boleh lah jamu jamu mata atau cuci cuci mata sebelum tidor. tengok dulu matawang anda. Lau masih ada Ringgit Malaysia belasah ajer.


Malam ni kita urang semua dinner di restoren Kampung melayu (sebelah kedai hjh basiroh). Ramai rakyat malaysia waktu ni. Toleh kiri kanan semuanya rakyat Malaysia. Salam bersalaman bertanya khabar. ' Dari mana' itu lah diantara ayat ayat kata sapa menyapa. bagus jugak kan kita mengenali antara satu sama lain. Dinner malam ni aku order mee mamak. Rindu la....tengok makanan lain cam biasa biasa aje. Anak buah aku order ayer kelafa. Harga makanan kat Vietnam ni memang mahal. tengok package nasi ayam untuk dua urang ajer kalau convert rupiah malaysia hampir Rm32 hinggit. Maknanya sorang dalam lapan belas ringgit. So malam tu dinner aku ditaja oleh Tuan haji & Co. Tq lah tuan Haji.


Bikin rambang mata duk lama lama kat sini. Kakak aku ni memang suka benda benda cam ni. Beli beli semuanya untuk urang. Sana teringat sini teringat...mula susah hati siapa yang tak dapat lagi tu (hehehe). Kalau nak ingat semua memang kena beli satu kedai kat ben thank ni lah jawabnya. Tak terasa pun bahang panas duk lama kat sini. Mungkin sebab aura shopink dah melekat kat badan masing masing tu ngalid sokmo. Jam pun dah nak masuk petang. Sadau dah nak kul 7 malam. Mulalah perot terasa lapar. Nak makan kat mana tu memang allan Nguyen dah bagitahu kat mana nak cari restoran halal. Mestilah kat sebelah kedai hjh Basiroh tu. Pukul 6 Ben Thank market akan ditutup. Malam nanti kita tengok lak NIGHT MARKET diluar kawasan Ben Thank tu pulak. So kita urang balik hotel letak barang buat apa yang patut. Lepas maghrib dalam pukul lapan tu turun lagi nak dinner kat restoran kampung Melayu tak jauh dari Ben than market tu ajer. Dinner malam ni ditaja oleh 'senderian berhad'. Company travel hanya taja lunch jer tadi erk.


Untuk serbenior kengkawan aku adalah beli beberapa ketul beg kat makcik ni. Mesti nak tahu harga kan? Aku dapat satu 6 hinggit dan yang merah ni lapan hinggit duit malaysia. Kawan aku kata semalam kat sini beg cam ghitu dekat 20 hinggit lebeh kat sini. Memang lah adat harga orang berniaga. Nak bawak luggage tu lagi nak seret merintasi jalan yang penuh dengan motor tu lagi nak bawak naik kapal terbang lagi. So kalau tak dikira kos tu semua baik aku pakai sendirik kan. Lau rasa nak murah baik gi shopink sendiri, betul tak?


Bling bling. Cantik tak ni? Orang Vietnam ni sungguh kreatif. Ni boleh jadi pencil box, tempat letak makeup dan boleh je lah nak sumbat apaapa. Kawan kawan aku banyak kirim benda ni. Kirim mulut ada kirim ayer je pun ada (hehehe). So aku pun beli mana yang ingat je lah erk.


Inilah kedai 507 kedai Lyn telekung yang sangat pamos. Kualiti kain sangat cantik. Dalam banyak kedai telekung kedai Lyn yang sangat popular. Kain telekung yang dijual di Malaysia Rm90 hinggit kat kedai Lyn boleh dapat separuh harga lagi....


Daku dah stuck kat kedai dia ni. Teringat mama Aca nak kain cotton. Cari yang berwajah bunga bunga. Ada banyak bikin rambang mata. Tiga pasang kain aku beli kat sini tak sampai seratus ringgit. Tu pun puas aku tawar menawar nak minta lagi kurang. Aku guna duit RM jek sebabnya aku dah pening nak gunan DONG. Nak convert lagi bagai lah penin. Abang ipar aku pandai bargain tapi dia dah jauh kedepan sana. Lari lari aku follow dia sbb nak minta harga murah ni. Tapi aku terkena gak bila beli tshirt tu dengan harga 200Dong hanya dapat 5 ketul je. Maknanya satu jatuh 32 hinggit....aduiii menyesal tak sudah sampai tak leh tido malam tu (harharhar). Anak buah dok pujuk' saborlah maksu, anggap kita sedekah kat diek' Huaaaa nak nangis. Mahu tak nya elok2 bawak 36 keping tinggai berapa keping je lagi. Ni baru setengah hari. Ada 3 hari lagi ....uhuk. Nasib baik ada banker bergerak. penyelamat dikala perlu.


Ramai peniaga kat sini. Ada macam macam benda yang dia urang jual. Keadaan dalam pasar ni memang panas tak dek aircond erk. Tapi waktu aku berada dalam ni hujan pun turun. Rasa lah sejuk sikit. Kalau gi Ben tai market lagi lah bery hot. Hari kedua kita urang dibawa ke ben Tai market berpeluhpeluh dibuatnya. di bentai market banyak kain ela. Kain Licra popular kat sini dan harga opcozlah murah. Wah mesti tak tahan kalau dengor ni bagi wanita wanita tegar yang nak sangat bershopink kat Vietnam ni kan. Hah kumpui duit penuh penuh passtu leh shopink sakan kat sini. tak payah bawak baju banyak banyak, simpan ludggage untuk bawak balik barang shopink, havoc ghitu.


Sampai hotel letak barang passtu relax kejap ambik nafas. Wah best hotel ni ada wifi lajus. Aku ngan 3 anak buah aku duk tingkat lapan manakala Kekanda ku ngan anak twins tingkat 9. Kita urang booking ampat bilik. Sangat luas dan selesa mbangget. Perjalanan ke Ben Thank market hanya 5 minit perjalanan. Tak sabor nak tengok Ben Thank market ni yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia tentang baju bajan kain mengain dan banyak lagi yang ada kat sini. Masuk je dalam Ben Thank market ni mak aih sessi tarek menarek oleh penjual yang memanggil ' kakak kakak mari lah sini marrilah beli, eh kita jumpa semalam'. Bila masa pulak aku jumpa ang sampai pun baru tadi....' Itu lah bicara peniaga di pekan ben thank untuk menarik pelanggan didalam market ini. Patutlah urang Malaysia gila gila nak datang sini. Harga memang jauh lebeh murah dan tawar menawar sudah pun bermula. Disini guna matawang DONG,USD & Ringgit Malaysia. Aku sarankan lau nak gi sini guna ajer duit ringgit malaysia lagi senang. Pening nak convert duit dong ni.....

View dari belakang hotel..


Ini lah rupa hotel Golden Central Hotel di Saigon ni. Dalam pakej tour yang dilla pergi ni Rm1800 termasuk makan minum serta perjalanan selama 4 hari tiga malam.
Click Info tentang GOLDEN CENTRAL HOTEL disini.

5 comments:

  1. ahh mai dah citer betnam nih...mmg banyak gambaq2 yg menarik cuma karangan tu tak puaih...kalau boleh kasi berjela2 sket, merapu dana banyak pun tak per

    ReplyDelete
  2. hahahha anyway tq. aku ni menulis lemah sikit.

    ReplyDelete
  3. kak dila kalau ada rezeki saya nak pergi sekali lagi la vietnam ni.... dulu masa pergi belum ada DSLR

    ReplyDelete
  4. Slmt hari raya Dilla.bestnya cuti2 Vietnam....yg tak tahan nengok brg2 yg dijual....cantik..mmg rambang mata...

    ReplyDelete
  5. wsalam mamasya
    tu lah mata pompuan cepat rambang mama
    tak tahu mana nak pilih sekali pilih duit habis sampai x ingat

    ReplyDelete