My Iklan

Sunday, 26 August 2012

BALIK RAYA

Last pose sebelum pulang. Tengok tu s Eccah pandai tul posink erk....hehehe!

Ni anak buah aku ngan kazen2 depa cucu mr Fujiyama. comel kan....

Hampir sejam berada disini kena dan kena gerak jugak ni. Nak habis kan lagi dua buah rumah. Passtu nak balik Bangi. Pada Kak Edda & Co terima kasih menjamu kami semua dan mohon ampun maaf zaher dan baten. Aku sampai kat rumah makTon pun dah nak senja. Fajar menyinsing sudah. Cantek....ditepi sawah. Tapi sayang jerebu amat teruk dikala itu. Rumah makton ni trademark bila raya masakkan 'sambal taun'. Nak tahu apa sambal taun tu dari kulit lembu di masak lemak yang tahan seminggu. Aruah bapak aku dulu suka masak ni. So time raya kat rumah makton semua urang cari ni...termasuk lah aku. Sorry ler tak sempat nak snap seketul dua sebab lupa (hehehe). Last kopek rumah mylovely Uncle Mr Fujiyama. Ni semua belah bapak aku punya family. Kami sampai lepas maghrib dan lepas ni nak terus balik bangi sebab esok nak gi keramat pulak ziarah pakcik aku kat sana. Ramai betul sedara mara belah bapak aku ni.

Kekadang aku sendiri keliru kalau tang twins ni. Mana satu Atty mana satu Anna. Yang anna aku panggil Atty yang atty aku panggil Anna. Kalau yang twins bangi ni aku tahu dah mana satu kakak dan adik. Mungkin sebab aku duk sama jadinya dah tahu siapa punya tahi lalat dan siapa yang tak dek (hehehhe).

Ni tak cukup sorang lagi. Sampai penat urang yang pegang kamera ni tunggu last2 sekali dapat lah ni hah....rupanya sorang tu sakit perot! Tak dek rezeki nak shoot ke semua urang...

Selesai kat rumah waksiti terus gi sawah sempadan pulak. Damai kan? Ini rumah mysisterinlaw. Ada anak kembar yang sebaya ngan twins bangi. Twins bangi tua sikit setahun rasanya. kalau dikumpulkan ada 3 anak buah kembar ni tapi sepasang lagi tak jumpa. Tunggu gathering baru dapat kumpul semua. Ini belum lagi termasuk my kazens ada 4 pasangan kembar lagi. Semuanya ada 7 wow banyak tu.

Ada hobi klasik. Susah nak cari barangbarang ni taw. kat Lorkin mungkin ada. Teringat pada aruah mak. Cawan bunga ros tu mengimbau kenangan minum ayer kopi dengan cawan tu. Uhuk nostalgia sungguh. Wak Siti peminat barang lama....ada banyak koleksi lagi rupanya.

Sapa yang makan ketupat kat rumah wak siti ni pasti mengulang dua kali. Sebab sedap sampai habis licin pinggan cam budak kat atas ni (hehehe).

Wak Siti bersama twins. Wak Siti yang tak berapa sihat yang khabarnya terjatuh di tepi rumah. Kasihan wak Siti....moga cepat sembuh ye. Banyak kuih kat rumah wak siti ni. Kuih siput tu nostalgia.

Kita sambung citer pasal raya dulu erk. 1st day balik raya tu cam biasa le singgah umah sedara aruah bapak & mak. kampong tak jauh pun antara keduanya. Lepas balik raya dari rumah mak tonah singgah pulak rumah wak siti. Tahun lepas terpaksa skip srumah wak siti ni sebabnya jem teruk gillak. Nak menyampai ke jalan besor tu ajer udah lama. So terpaksa skip menyekip tapi tahun ni jem tak seteruk dulu. Moh kita tengok rumah wak siti yang baru diubahsuai, klasik.

10 comments:

  1. 7 twins?perrh...ramai giler...dah boleh wat game show nih...

    ReplyDelete
  2. orga, 7 keturunan ni. gempak kalau aku dapat shoot semua tu hehehhee

    ReplyDelete
  3. dod banyak collection ko dapat?

    ReplyDelete
  4. hahaha ada jugak dep....dah habis banjer kat vIETNAM KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. semua comei...hehe..dah serupa dgn drama raya plak gambar2..

    selamat hari raya...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. seronok jenjalan time raya... masa raya ni jer terjah semua rumah... kalau hari biasa mmg susah la

    ReplyDelete
  7. Zila agk lau mcm iklan bernas lagi gempak kan hihi
    Cikda....bila dpt terjah rumah mkn tak ingat....full sokmo baju cepat sendat

    ReplyDelete
  8. Salam aidilfitri, jemputlah ke rumah di seksyen 5 BB Bangi

    ReplyDelete
  9. Selamat hari Raya Dila! seronok sgt dpt berkumpul sedara mara kan. cantik betul gmbr2nya. :D

    ReplyDelete
  10. wsalam En Kamato, insyallah nanti saya ajak Uyie erk hehehhe
    Kak As, selamat Hari Raya. Mohon maaf zaher baten

    ReplyDelete