My Iklan

Thursday, 2 August 2012

SELESA

Kita dah nak masuk minggu ke 3 Ramadhan. Cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak menghampiri insyallah jika di panjangkan umur. Dapat bersua mudahmudahannya. Dapat berpuasa bersama keluarga pun adalah anugerah yang terasa nikmatnya. Cerita pasal puasa ni kan bila nak IFTAR rasa lebih selesa berbuka puasa dirumah saja. Tidak perlu terkocoh kocoh. Dah dua kali aku buka puasa kat luar tu rasa nikmatnya macam tak sama berbuka puasa kat rumah. Kat rumah lagi best aaa. Masuk dapur jam enam. aku tulun aaa apa yang patut. Chef dapor kakak aku memang laju masak. Ku tulun aaa mana yang perlu. Semalam singgah PARAM seksyen 16. Tu lah kerje aku balik opis terus intai PARAM. Oh hari ni Pasar Tani. Tahu nak beli apa untuk anak anak buah yang kat rumah tu. Semua ada pebret masing masing. Harus beli mana yang aku ingat ja (hehehe).


Ni lah pebret aku nak tau tak. Aruah mak aku pakar masak ni, pergh!!


Rajin kan anak buah aku yg twins ni buat cornflakes. Tapi subuh tadi tinggal balang.....


Ayaq sejuk wajib ada. Pembasah tekak. Makan tak sangat tapi sebut tentang ayaq ni....tak tahan.


3 comments:

  1. ha ah sey, ni ramadhan paling laju aku rasa.
    pejam celik dah separuh dah

    ReplyDelete
  2. kelakar giler statement pasal anak buah ko tu dila, "rajin wat conflakes, subuh tinggal balang", hehe...Selamat Berposa jugak!

    ReplyDelete