Monday 20 August 2012

SYAWAL TIBA

Oklah sampai disini dulu. Aku baru habis packing baju. Kali ni beg tak lah seberat hari tu semuanya nak aku hangkut. Kali ni bawak yang mana patut je ler. Kamera pun aku bawak D40 jek malas nak jinjing beratberat. Sakit bahu. Sok jam enam aku dah kena gerak. Ni pun mata tak nak lelaplelap lah pulak. Nanti aku sambung balik lepas Vacation ni . Kita jumpa lagi...bye bye.

Rumah hari pertama Syawal. Ni rumah adik aruah bapak. Tahun ni aku datang awal erk Mak tonah. Selalunya jadi last rumah sebelum balik Bangi. Mak Tonah ni pandai buat apam. Sungguh gebus. Trademark menu kat rumah ni PECAL. Cedep....ler

Alhamdulillah kali ni jem kat TG KARANG tak seperti tahun lalu. Mahu nanes sepanjang jalan nak sampai satu tempat tu. Kali ni jem manja. Jalan kejap berhenti yang x berapa lama. Lau tak tu meraban sudey....terima kasih pada pak Polisi yang mengawal lalu lintas kat Tanjung ni.

Sempat jumpa' dobot' yang shummel ni. Pipi yang laboh tu buat org geram ja na. Habis sessi photophoto harus gerak cepat ni. Nak habiskan 6 buah rumah adik beradik aruah bapak ngan mak ni. selalu sempat jek sampai malam terus balik Bangi. 3 Syawal aku nak bercuti dah ni.....bye bye Malaysia.

Rumah pertama yang dituju mestilah rumah kekanda ku. Rumah abah Aca.....

1 Syawal selepas sembahyang Hari Raya aku pun gerak untuk balik ke kampung yang ku rindui selalu tu. Teringat pulak pada aruah mak & ayahanda ku. Kalau dulu time raya ghini meriah rumah bapak aku ngan cucucucunya. Selepas aruah ayah tak dek rumah pulak terbakar maka tapak rumah kampong ku dah jadi tanaman kelapa sawit. Kalau nak bina rumah pun siapa lah yang nak duduk. Sebabnya semua masingmasing dah ada rumah sendiri. Tapi time raya ghini macam ada jugak gunanya kan.

Hari ini dah masuk 2 syawal. Kejap masa berlalu. Di kesempatan ini dilla ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada sahabat blogger semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan terkasar bahasa yang tanpa dilla sedari mungkin. Seronok jugak raya kali ini. Seperti biasa pagi raya baru balik kampong. Almaklum tiada siapa di kampong kini. Setelah habis seharian pusing round jengah mak sedara pak sedara malam tadi dah sampai Bangi. Alhamdulillah kali ni habis pusing.

1 comment:

  1. Salam Eid Mubarak untuk Dilla sekeluarga.
    Maaf zahir batin.
    and, squeezy huggy kissy for Aca yang sangat cute
    xoxo

    ReplyDelete