My Iklan

Sunday, 24 June 2012

HELLO JEPANG


Ada Isetan. Isetan man & Isetan Women.

Ada yang tanya tentang gambar ni. Camana aku shoot gaya ghini? meniarap ke? jangan lah beb!! Kang aku tak balik Malaysia cam ni gayanya. Waktu ni nak gi Ginza so akan melalui jalan keretapi macam kat Kajang tu. Ada pagar passtu bila keretapi dah tak ada auto gate buka sendiri. Masa ni lah aku shoot tang tengah2 ni. Tu aku kata tadi setiap perjalanan memang aku tak pejam mata. Sayang nak pejam...

Rakyat yang sehat....naiklah basikal selalu.

Cer tengok beca Jepun. Cam ni rupanya....hitech betoi. Tu silapsilap ada engine you! berasap!!

StarBuck ada dimana mana, giller kentang tul lah

Cer tengok! Punyalah sungainya bersih rumpai cam ghini pun leh hidup nyaman....

Daripada Kansai ke Osaka, Kyoto & Nagoya semua aku himpunkan disini. Orang jepun ni laju kalau berjalan. Naik basikal di tengah tengah kota sinonim nampak gayanya. Agak agak kalau aku naik basikal di tengah Key ell tu camana lah rupanya erk....

Dah seminggu duk kat jepang ni rata rata pemandangan di Jepun ni cukup mempesonakan. Tak kira lah dimana saja berada pasti ada jek view yang menarik untuk aku shoot buat kenangan. rasanya bila duduk dalam Tour bus ni sayang nak pejam mata. Bukan apa...perjalanan yang mungkin tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment