My Iklan

Sunday, 17 June 2012

KIYOMIZU


Sebelum turun tangga temple ni sempat ' Ojisan temple' ni say goodbye! 'Nanti datang lai yo...' Yo lah ojiisan. Tetibo lak cakap nogori. Salah tompek apo.


Tak dapat nak lihat SAKURA depan mata sebab bukan musimnya. dapat lihat daun ni pun jadilah....

Syiling jepun kena habiskan. Bila balik Malaysia dah tak boleh tukar dah erk.


Tak sangka pulak jumpa beggar kat sini. Dua hari duk berjalan kat jepun ni belum pernah lagi jumpa beggar kat sini. tapi menurut kata Uncle syahril ni bukan beggar. Dia hanya meminta derma katanya. orangnya lawo sempat dilla intai dari bawah topi dia tu. Mulutnya komakkamik macam membaca sesuatu tapi tak dengar suaranya. Wah dia orang ni dah tinggalkan dilla waktu ni harus mara kedepan cepat garagara asyik tengok beggar tadi.

Inilah OMIYAGE SHOP yang dilla katakan tadi. Nak turun bukit ni memang lah sedap. Sambil jamu jamu mata sekejap. Kalau nak beli barang kat sini ada gak murahnya. Boleh dapat 270 Y (Rm10.87) untuk keychain yang shumel. Dilla tak galakkan sangat kalau u all nak shoppink baju kat sini amatlah mahal sekali. Made in china je pun 3000Y (Rm120). Kalau KIMONO budakbudak pun lebih kurang sama Rm148. Kualitinya agak kurang sedikit.


My sister & her son! Gelak manjang sbb dia pun x sabar nak turun jugak kekdahnya. Jom cepat cepat....teringat ayer ajer sebab cuaca panas makin haus dahaga haus ni.

Tak sabar nak turun cepat semata mata nak singgah 'Omiyage shop' yang berderet kat bawah tu. Tangga demi tangga disusuri sehinggalah habisnya disini.

Adui mak tingginya....bila aku nak sampai ni. Baru sampai aras bawah ni. Mencabar betul lah dengan bawak beg yang berat jugak ler kiranya sebab semua main hangkut je hah....

Morning call jam 7.30 pagi waktu Nipon. Kalau di Malaysia jam 8.30 pagi kekdahnya. Jam 3 pagi Malaysia disana dah terang benderang. Kereta pun dah bergerak atas jalan raya. Seperti biasa jam 9.00 pagi waktu sana bas tour pun bergerak. Pagi ni nak pergi melawat KIYOMIZUDERA. SejarahnyaTerletak separuh up Gunung Otowa di bahagian timur Kyoto City, Kiyomizu-dera adalah sebuah kuil bersejarah yang telah ditubuhkan pada tahun 778, walaupun sebelum Kyoto menjadi modal Jepun.
Agak tinggi tempatnya dan mengah jugak lah nak naik atas bukit ni. Nasiblah ada kedaikedai yang menarik kat tepitepi ni jadi mata pun syok jugaklah. Hilang rasa penat sesekali singgah beli air mineral 150 Y (Rm6.04) bagi menghilangkan dahaga apatah lagi di musim panas kat negara jepun ni. Angin tak rasa sejuk...nyaman pun tak rasa jugak. Memang fesyen ghini kut gamaknya.

No comments:

Post a Comment