Sunday 17 June 2012

SHIMSAIBASHI OSAKA


Setelah dua jam setengah berada di Shinsaibashi akhirnya masa untuk berkumpul dah tiba. Ms Chong selaku tour guide kami sudah menunggu kami semua. selepas ni kita akan bermalam di RAMADA HOTEL dan esok pagi jam 8.30 pagi waktu Nipon kita akan berangkat ke bandar Kyoto pulak.


Hansamuna otoko ne!

Teringat nak cari keychain kat sini tapi macam teringat pulak pesan Skampung tentang KIYOMIZUDERA. Banyak nak story tentang Kiyomozudera ni terutama kedaikedai shopink yang ada disepanjang nak naik bukit tu. Bila nampak kedaikedai shummel ni hilang penat nak mendaki tau....


Kat Shimsaibashi ni ada kedai 100 yen kat hujung jalan nak keluar tu. Aku terskip bila dok asyik melekap kat kedai 315 Y (RM12.68) ni. Dah habis time baru aku perasan, rugi betul lah! Kat kedai ni macam-macam ada. Ada beli gak seketul dua cenderahati kat sini.

Aku suka tengok uncle ni. Gigih bekerja berdiri sampai habis waktu dengan memegang sepanduk tu.
Seronok aku pegang kamera kat sini sebabnya nak shoot tiada halangan. Ini tak boleh itu tak boleh pengalaman masa berada di Shenzen dulu. Kat sini semua bebas. Mahu pun makanan display yang berada dicermen tu ang nak shoot berapa kali pun depa x marah. Memang fun giller kat sini. Adakala mereka memberi respons yang sangat baik. Totaly photo kat japan memang beribu yang dilla shoot kali ni. Rasa seronok sangat.
Lambang lembu disetiap kedai yang berbeza. Ada kedai letak Ikan, Crab dan sebagainya.



Setelah seharian berada di USJ (UNIVERSAL STUDIOS JAPAN) maka kami di bawa untuk melihat tempat yang paling pamos kalau berkunjung ke Osaka ni iaitu Shimsaibashi. Mereka yang minat tentang makanan jepun boleh lihat dan tengok kat shimshaibashi ni ekpeceli Tokoyaki. Kalau kat bangi pasar tani ada jual Tokoyaki ni 6 ketoi Rm4.50. Rasanya macam sotong ada bau daun bawang ghitu. baru yang nak merasa tu mungkin agak muak tapi tidak kepada penggemar TOKOYAKI. Marah kang depa! Hahaha....

2 comments:

  1. dod
    ko kat sana kejap2 bongkok kasi hormat tak?
    pinggang ko tak sakit ke kejap2 tunduk kejap2 tunduk bongkok gitu.

    ReplyDelete
  2. dep...
    bongkok2 tu x jugak
    sbb urang NIPON asal jumpa always smile
    just tunduk PALA jek hehehe

    ReplyDelete