Tuesday, 12 February 2013

LAST DAY CUTI

Berkurun lamanya tak update blog ni. memang betul lah kata orang kan kena ada ideya mood dan semangat lau nak jadi blogger yang tegar ni. aku ni kekadang ada mood rajin malas suku setengah dan sebagainya. Ni pun SR dok banyak ingatkan aku'' bila kak dilla nak update blog tu''. Tu lah kan....kena tunggu ideya datang cam ni. Dulu aku rajin jugak nak buat semua ni. Bukan tak suka tapi aku memang suka. Cuma nak type ayat ayat tu kekadang tak macam orang lain. Pendek tapi penuh makna. Tak pa lah aku try lah erk. Hari ni dah hari Selasa. Esok bermakna dah mula kerja. Cuti 4 hari ni baru semalam dapat jalan jauh. Mula mula plan nak gi shoot kat CENTRAL MARKET. Sejak NIKON ku dah balik ni belum skali nak picit picit shutter seperti selalu ni. Sejak ada dry box ni semua duk dalam satu khemah je. Semalam lepas breakfast ngan SR terus terjah Melaka. Teringat lak aku kat ORGA punya entry. Orga best lah gi sana siap ada SUPIR merangkap driber yang bawak dia gi pusing keliling. Aku ngan SR sampai je terus naik Cruise. Syok jugak tengok bangunan Melaka yang ada conteng-conteng tu.





Lepas sarap kat Tefian Bangi kami pun masuk H/Way. Jalan tak jemm lagi waktu ni. sempat lah tengok adik adik kita dok merempit. cam ni gaya dia orang layan jalan erk. Ada gaya .....dan kita pun naik syeikh nak monokan shutter jo hah !
Ni lah namanya menikmati view jalanan. Dari termenung je baik tengoktengok lah kiri kanan. Ada je bahan kan.

Sok sek soksek dalam keter SR dah sampai pun. Wa...jemm jalan nak gi Zoo. Tapi aku bukan nak masuk Zoo pun. Kali ni tak nak singgah Taman Boya Taman Mini. Tapi kita orang nak jalan jalan naik perahu. Naik Tiang dan nak ambil angin ja.


Sempat pusing keliling Kampung Morten ni. SR kata kampung ni lah yang ORGA dok story dalam blog dia tu. Not bad....rumah rumah owang melaka unik sangat. Kami benornya tercari cari kat mana Port nak naik Cruise ni. Pusing keliling tak jumpa jumpa. Depan keter SR ada lagi dua biji keter yang macam mencari cari arah je. Kami follow jer dari belakang. Alhamdulillah jumpa Pakcik Melaka yang tengah lalu tu. Kami pun bertanyakan arah mana nak gi nak Cruise ni. Setelah panduan diberi SR dengan jayanya dapat kecam tempat boat berlabuh. Good Job SR...
Dekat port Cruise ni ada Monorel Stesen. Kita orang tanya Ticketing tu kata petang baru jalan. Macam tak dan je nak tunggu. Next time lah kita try naik erk SR.



8 comments:

  1. cantiknya merrygoround tu....... saya tak leh nak pusing... krem sempit... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SATU BOAT sendat mendat dek family dari kedah No Sr...hehehhee

      Delete
  2. Dod, ko sibuk berkempen eh?
    Haha.

    Lawa dod foto

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha dep
      berkempen malas malas ada lah
      Tq dep....ni pun baru nak cari mood nak update blog ni

      Delete
  3. gambirannye memang apik kabeh mbakyu laa.., gudjobb

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq wak....jetet jetet dikala bowring ni

      Delete
  4. eh dila, monorel tu boleh naik ker? info aku dapat dari mr. sam tak boleh naik sebab tahap keselamatan tak cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR ada tanya. dia kata petang ada. entah lah jadinya kita urang pun tak naik sebab nak kejor masa. Tu lau pusing mana djer dia round erk Orga? aku tengok besi2 tu kan main panjang je hah

      Delete