My Iklan

Wednesday, 25 July 2012

IFTAR

Dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Rasa sekejap masa berlalu. Kalau dizaman kanak-kanak dulu waktu ghini aku asyik dok menghitung hari bila nak raya (ngehngeh). Lau dah masuk hari ke enam esok maknanya ada lagi 24 hari nak raya, hoyeeee!! Tu imbasan di zaman kanak-kanak dulu erk....

Balik opis tadi nekad nak gi PARAM BINTANG Bangi. Nekad sungguh ni sebab balik opis kui 4.30 pm. Kalau rempit pun jalan tak jem lagi. Balik umah dulu letak beg dulu. Ajak budakbudak ni macam lambat je. Baik aku rempet cepat sikit sampainya. Hari ini nak beli je lah. Sian kakak aku asyik masak je. Kul 4.50 pm aku capai scooter terus gerak ke Param BINTANG. Tak bawak pun kamera sbb leceh la. Lagi pun nak tengoktengok dulu apa yang best kat sana. Suka sangat PARAM BINTANG ni sebab macam macam ada. Tujuan utama aku nak cari siput sedut. Wu lalala syoknya......


Dah rasa memang sedap. X siasia aku beli kat kakak ni. Kakak aku kata pun sodap. Nikmat rasanya. Orang yang jual kat PARAM BINTANG Bangi ni kebanyakkannya orang lama-lama. So kita leh tahu mana sedap mana tidak. Macammacam aku beli hari ini. Kakak aku kat rumah standby je. Kebetulan pulak hari ni anak buah aku yang twins sorang tu dah sampai dari TANTA. So maknanya kena beli lebeh sikit la khen.


Ni pebret aku nih. Aku beli ngan akak yang memang dah lama berniaga kat PARAM BINTANG ni. Sedap u......


Ni pulak SATAY KANTAN RIVER, sodap gak. Sweet je. Kenapa aku panggil Kantan River sebab akak ni duk SG KANTAN (hehehe). Aku ada beli brutu ayam....habis licin anak buah aku kerjakan. Mulut banyak sok aku tak tahu erk.....
Setiap kali aku tengok kuih pastinya aku teringat kat anak buah aku ni. Dia memang suka kuih cara ni....Sampai rumah anak buah twins aku tanya Maksu tak beli ke Kuih tepung pelita tu? Alamak camana aku leh lupa pebret kuih dia ni! Sorry lah dik esok Maksu gi beli erk. Bila dah ramai tu pastinya aku ni terlepas pandang kuih2 pebret depa ni. Sebab fokusnya pada yang satu.....



No comments:

Post a Comment