Saya dapat bayangkan sekiranya tiada kamera lain mahu dia posink2 belakang pokok besar tu. My sifu cikgu ADHADI hanya dapat shoot candid ACA dari jauh ja. Mungkin Aca pemalu waktu ini kan....
Ini adalah model harapan saya (hehehe). Dari sejak baby hingga usia 4 tahun Aca mudah mesra di depan kamera. Tak perlu arahan dia tahu apa yang perlu di lakukan. Tetapi hanya kamera MAksu dilla ajer. Tu yang susah...alahai cayang ni. Baru-baru ni dilla bawa Aca ke bengkel kidsphotography di Shah Alam. Bila nampak kamera yang bukan maksu dilla punya Aca pun mulalah tak mesra alam. Kesian kat Aca yang terpaksa senyum dalam paksaan. Apa pun dia tetap memberikan posink yang baik miskipun hatinya dalam delima. Inilah Potret dari Aca. Wajah antara terpaksa, inilah moment cerita disebaliknya.
Dulu selalu suka angan-angan nak buat mini studio untuk kidsphotography. Geram tengok gelagat budak-budak ni. Biarpun penat dan nampak macam tak terkejor tapi sebenornya kan memang menyeronokkan. Biarpun penat tapi bila dapat shoot yang berbaloi dengan jiwa tak terkata rasanya. Candid moment adalah yang terbaik kerana disitulah kita dapat lihat erti sebenar wataknya sesorang kanak-kanak tu. Cuba dapatkan angle serta moment yang bisa membuatkan kita ketawa tersenyum membayangkan 'keadaan' kita menghayatinya dengan perasaan puashati atas lakaran dengan sentuhan jari shutter. Setiap moment ada makna disebalik cerita. Kumpulkan seberapa banyak moment yang ada pastinya ia meninggalkan memori harian sekaligus dapat kita kongsikan terhadap anak cilik ini nanti.
Mana yang tiada DSLR gunalah camera compaq yang ada. Ianya masih mampu untuk melahirkan moment yang menarik. Asalkan memahami angle & background dan ianya boleh menjadi plot cerita.
No comments:
Post a Comment